15 November 2011

Weekend and Holiday!

So yesterday was 14th Nov..Darin genap setahun 2 bulan. progress dia so far ok la, selain bercakap tu takde sebutan sebab dia memang lambat cakap haha. Dia cuma cepat berjalan, lari and all. At her age 9 months sudah pantas berjalan and berlari. Kire now kalu terlupa bawak stroller nk berjalan tu, kita bole la pimpin tangan dia but bab mengejar ku surrender! -____-

Ok, last weekend was fun. Went to Melaka for my college mate wedding. Then had sightseeing around Melaka with all my girls. Merasa makan asam pedas kat tepi Selat Melaka tu, yang nearby Kampong Morten..kampong portugis yang memang cantik. Yes saya suka Melaka sebab itu tanah tumpah darah ku! and banyak memori sekolah and masa kecik kat sana. Best!

Haaa me dah beli USS ticket!! cant wait for Xmas to come sebab nak gi holiday!! Pastu nak renew passport..pppffffbbrrrttt!!! and buat passport utk Darin sekali. wow excited!

The rest of my life....semuanya mcm normal sahaja. Despite of now busy sebab hujung tahun banyak company mintak quotation and bagi job sbb nak habiskan budget. And also been very very very much busy nak start up the kedai. Banyak benda nak setup..and denifitely banyak duit kuar T_____T hahaha takpe investment!

till then..

ainbubuk

11 November 2011

ohmy

Ya Allah lama betul tak update blog. seriously lama. ape la kan?tak pandai manage time langsung. sampai terbiar blog ni. haih haha

So now nak masuk new year 2012 dah. lagi sebulan lebih lagi kan? so apa you all dah buat the almost setahun ni?

Me? anak dah nak masuk setahun 2 bulan sekarang.

I'm still working with my sister, and soon will have my own 'baby'. Will let you know bout this later. InsyaAllah in Januari semua akan start operating.heh.

And masih sometimes jadi weekend wifey.haha boring.

Belum beli kereta baru lagi, tak mampu.hahaha (perlu ke update??) hahaha

And juga masih belum ada 2nd baby or tengah pregnant or apa2 la berkaitan dengannya.

Ok, here are some random pictures if any of you missing me so badly.hahaha perasan.walhal xde kot dh org baca :P
my favourite people ^_^

ainbubuk

02 June 2011

owhh ah ah yesss

Owh my owh yes! ok don't get me wrong there haha. That's just to show my feelings right now. I'm happy. Yes definitely. Coz I've got a new phone, a present from husband. Owh of course sapa lagi nak tanggung bila dah berlaki (riak and takbur) ;p and owh I'm going for a holiday with my loving hubby and baby, Darin :)

Owh I better not write any longer coz photo blogging seems more fun kan? (lebih-lebih lagi frm my dearest new bestfriend,BBerry hahahahahahahaahahaha batak!)



few attempts ;p


ainbubuk

25 May 2011

Nak Chloe!

Nyampah uols dengan si Tasha cabar-cabar orang update blog harini! Cilaks! hahahahahahaha




Oh Darin dah baik demam. Nasib baik. Baru tahu perasaan ibu-ibu pabila anak tak sihat.aih.nebes all the time. So semalam bawak dia kuar jalan, so we had dinner out. Mak bapak la yang makan sebenarnya kan. Tapi dia enjoy kat kedai main2 segala benda dia ketuk and tepuk kan. Bagi dia angin luar sikit (mak bapak yang suka angin luar tu sebenarnya hahaha)





Disebabkan jarang update setiap hari ni maka mari layan ku merepek dengan sesuatu di bawah ini. Nak itu nak ini nak itu ini!!




Ni Chloe ni Chloe!! nak!!



Oh ya, semalam mendapat perkhabaran baik daripada suami, kami akan bercuti tiga beranak and owh jalan-jalan cari makan! tempat?wowwwwwwww hahahahahahaha seplais!! hahaha macam nak gi Disneyland bunyik!



ainbubuk

24 May 2011

Sekarang kan

Benci betul kalau dah skip blogging almost few weeks sebab nanti nak tulis macam tak tahu apa2. You know what?





1. Since dah beranak ni memang baru perasan, busy rasa letih eventhough sebenarnya uruskan anak sorang tu jer.Betol trust me please >.<




2. Dah hampir nak beli handphone baru ni. Tunggu la, tengok handphone apa. Confirm cap ayam sebab ku kedekut. Biasa la bukan orang kaya.haha



3. Ni tengah terdesak nak beli kasut baru ni sebab rasa macam dah lama takde kasut baru. 2 months?




4. Sekarang ni jugak desperate benar nak bercuti. Anas pulak dah start project baru and kena keje malam and 16 hours, straight 16 days. Gila?Eh tak lah. Dia suka!!! pppbbbrrrrfffttttt!!!




5. Birthday Yaya anak si Salpa dah dekat, belum beli apa-apa lagi ni. Birthday Darin lagi 4 months to go! Mum nervous nak throw party hahahaha.



6. Last week gi apply banyak job kat jobstreet.Saja nak try market if dapat yang gaji masyuk2 gila memang aku tinggal je Along hahahahaha lupa daratan.



7. Sekarang tengah makin menambah business and still in the learning process dengan Along. Alhamdulillah ada la merasa untung-untung dia sikit dah few months ni . *happy feet*



8. Nak tambah modal nak masuk barang lain pulak. Ermmm... "Ya Allah, murahkan lah rezeki ku anak beranak and permudahkan lah segala urusan. Amin"




Ni gambar makanan, shedapps! :P






ok bawah ni bukan food. itu mum and darin! hehehehe









ainbubuk

14 May 2011

happy feet

Today im working half day and Anas is babysitting Darin. I hope he is not going to perap Darin til I come back home haha. Selalunya he will ajak Darin tido back to back sampai tengahari. Konsep lemak berkrim malas nak mandi pagi sebab Saturday katanya.

Tapi harini kita mintak balik awal sebab we are going to attend a kenduri in N.Sembilan. Later in the evening or tengok lah, nak chill dengan Zati and Chot pulak. I miss them!

Dah 2 malam jugak kita (me and Darin hehe) gi rewang-rewang kat rumah mak Yash sebab adik dia Ereen nak kawin esok. Kita tolong supply noodle box and sticker untuk doorgift dia. Darin paling rajin......menyepahkan rumah orang.....

So many things happened lately. But I somehow believe Allah akan always be with orang-orang yang banyak sabarnya. "Orang sabar ni banyak habuannya"- pesan mak.

Eh, I think kan nak post la gift/souvenir yang kitorang been doing/selling ni kat kedai or at home. Tapi nak pakai camera canggih Mubin or Angah ni ada payah sket sebab selalu lupa nak pesan suruh bawak nak pinjam. Haha. Tunggu la..Slow slow ni..so far ada la pulangan sikit :D *happy feet*

ainbubuk

10 May 2011

kuah durian

So I forgot to blog for the past 2 weeks. Been busy with so many things. Little Darin not doing so well for the past 1 week and now still going for treatment. Hopefully everything is alright by this week. Nasib baik her night sleep macam ok takdela cranky cannot sleep ke apa cuma banyak merengek bila siang. Pity her. I got to work -_- Wait and sabar lah Darin, rezeki mum datang lain esok lusa selesa lah sikit kita nanti kan :)

Weekend banyak sangat-sangat aktiviti here and there. This weekend Ereen, Yash's younger sis wedding pulak and nak gi tolong-tolong sikit apa yang patut. And ada wedding kawan Anas jugak.

Ok here some juicy pictures to be shared. hehehe. and owh tajuk tu mmg xtau nk letak apa.bantai hahahahaa


ppssttt...atas tu nasi ambeng mak bawak dr bagan lalang masa nak dtg tido kajang wkend lepas , pastu itu gmbr kuewtiau soup anas masak aritu.yummeh! and then kuah durian (durian hasil pemberian farah! haha) mak buat masa mother's day.mak yg masak utk kami kuah durian tu khas mother's day ok! hahahaha

ainbubuk

27 April 2011

penyakit M for malas and membazir

This week penyakit M menyerang. Malas sikit nak blogging. Takde mood sebab buat catalog design guna illustrator menyakitkan hati. Dah buat-buat takleh save pulak at the end. Dia macam not responding pastu last-last nak shut down takleh.Crap!!


Tapi aktiviti shopping masih dijalankan. I hate nowadays ada this 1 thing called 'online shopping' hahaha. Spent almost RM150 (masih bijak membeli ;p) for my own baju/tudungan and anak op cosssss. Duit langsung nipis. Laki nasib dah gajian. Dia memang tak cakap banyak tapi akan macam "erhmmm ikut suka la awakkkk.." nada dia tu tak best sikit dengar..mcm double meaning ;p


Owh this Saturday ada family day dengan cousins and sedara mara semua kat Bagan umah kami tu. Sukaneka segala and of course makan sedap bbq dan lain2.Cant wait! Tapi rasanya kena gi shopping la sebab track bottom macam dah ade koyak sikit (sumpah ni stok lama gila ok!) >.<


ainbubuk

19 April 2011

suppa yuppa yummy

Weekend was suppa busy. Visited Ina in Seremban and then went back to my Mak's house in Bagan Lalang.

Yesterday malas ya rabbi. Arini, rajin ya rabbi. Catalog design dah settle 1 page, left 7 pages lagi. Eh rajin ke tu?hahahahaha. ok tengok ni, my little girl at home, dia kan kalau nampak kita makan tapi dia tak makan alamat mengamuk! So bila kita suap dia makan, kena focus kat diaaaa je baik-baik..kalau tak nanti dia ngamuk-ngamuk macam tak sabar. Tapi baru suap, dia dah jerit suruh suap lagi. Apa ni Darin???!!! sabar lah! gggggrrrrrrrrr


Ok 3 terakhir bukan gambar Darin, itu gambar makanan..nasi ambeng, bbq and pemakan and peminat no.1 nasi ambeng. Lepas kawin dengan I dia jadi addicted, kalau orang jual tu tak buka kedai dia bising-bising kat telinga I.mengundang dowh hahahaa

ainbubuk

16 April 2011

dress biru pujaan

It's saturday and I am now at my office. Takde buat keje apa pun cuma I need to come sebab ada delivery flower and event utk customer so tunggu je la kat ofis.

At this moment, I'm waiting for my friend to pick me up coz we're going to visit our friend Ina and her newborn baby girl. Sambil-sambil tu macam biasa, online window shopping ;p

I found this from Dorothy Perkins and aih so yummy wey..The only thing I worry about wearing this type of dress is it's going to be a problem when it comes to breastfeeding my baby. Ibu penyayang ok, mesti fikir pasal anak all the time :D kih kih kih.

Those dresses I ada semua yang tube dress, so it's easy for me to selak saja masa nak bfeed sebab wear it with cardi, so leh cover dengan cardi kan..ermm kalau dah macam ni pattern nya??Nak selak tang mano?hurmm....terpaksa ku lupakan hasrat hati..

Tunggu la 2 tahun lagi ok pakai dress gini masa jalan2..sebab sekarang if berjalan sure bawak Darin.Gi keje pakai gini?balik keje amik Darin sure nak bfeed dia jugak. Ah tak payah dulu laaaaaa T__T

ainbubuk

15 April 2011

kurung bukan dari kamdar

Friday feeling baju kurung tau. Tapi if terlewat bangun or tak iron malam tu baju kurung, alamatnya pakai baju x iron, baju kurung kain tak yah iron or tak jadi pakai baju kurung. Nasib baik arini ada baju kurung cotton yang tak perlu ku iron. Heh mudah.

Esok weekend sudah. Banyak plan. Pening kadang-kadang sebab rasanya takde hari yang tak busy or bosan tahap sangap tak tahu nak buat apa. Ok ada la..tapi once in a blue moon.

Since ada sekali tu mention kt Kak Jan "I nak start the old me...camwhoring everywhere and anywhere I like" ....ni lah hasilnya hahahahahahahahaahah boo!

(p/s:baju kurung tu semeter rm3 je ok mak jahitkan wuakakakak. salah tanggapan sada ianya dari Kamdar, bukan!!)

happy weekend!

ainbubuk

14 April 2011

day dreaming

it'll be something like this.... aih
ok lets work harder -_-

(pic frm here)
ainbubuk

tak work

Semalam tak work sebab nak settle kan hal kat kl. Dalam kesempatan itu dapat la sambung tido lepas subuh and bangun balik at 8am ;p sebab selalunya kena mandi straight, subuh then siap2 to work sebab Anas kena hantar both me and Darin to school and work ;p

So semalam dapatla lunch best sikit (kalau tak megi hehari.bluwerghhh!!)

Layans ;p
Yang sushi ni petang punya ;p

ainbubuk

11 April 2011

salpa's birthday at grandma's!

Happy birthday Salpa! hehehehe....kita celebrate birthday dia kat Fat Spoon, Damansara (sederet Wondermilk.. gi la. Best! ;p) macam biasa kita-kita la...kecuali Zati tak dapat join sebab gi visit Kak Long dia dah beranak jugak, then Sazul kena keje >.< and owh Chot, dalam pantang tak leh la kuar kih kih kih.


Owh before kita party2 tu kita pegi visit Chot and baby Kahlil! aaaaaaaaaaaaa adorable! Dia halus panjang baby nya..ingatkan embam bam bam macam kakak Darin! hehehe..we had tons of fun last Saturday and Sunday me and Darin hanya berlepakkan at home sebab Dadnya work. Cuma petang to went to Kak Rina's (SIL) at Cheras and then headed to Kelana Jaya for dinner with Sada, Sarah and Lyana (and their spouse ;p)


Our junior :)



Bday mama blowing her 28th candle ;p



Grandma's wardrobe :D



Us, camwhoring :D



All of us...aaaa kak jan takde pulak..wait for her camera la..sbb ni camera Salpa, dia yang amik gambar..we love u kak jan :D


Owh ya bawah ni Chot and baby Kahlil! :D homey homey homeyyyyyyy ainbubuk

08 April 2011

lovefridaylove

Friday me! ;p


I'm going to meet my girls for (again!) our bestie's birthday party...then definitely going to see baby Kahlil(Chot's baby!) and owh have some good food with darling husband and Darin the princess :D wut's ur plan? enjoiceeeeeeeeeeee! much love~ :)


ainbubuk

07 April 2011

delicious


DROOLINGGGGGGGGGGGGGGG

T___T


ainbubuk

lempeng capati

Ouh yesterday kan patutnya gi makan steamboat kat sunway tapi disebabkan arrange amik kek utk Nana si adik Sada, terus terlambat and end up kita makan lempeng and capati kt Yus then amik Darin terus balik rumah. Takpa esok lusa ado.



And macam biasa bila balik rumah masing-masing osom la sapa kena masak (tho Anas slalu nak masak) and malam tadi dia masak. Disebabkan dah minum petang dinner semalam kita makan cucur bilis je haha. Tapi banyak dia kemain! Sambil tengok Live to Dance! best gilaaaaaaaaaaaaaaa and I must say kalau lah ku kurus, nak je joget moget kat tv! hahahaahaha gila




Ok today gonna be a busy day again as I still ada a few design kena siapkan. It's not easy to be creative and sekali lagi ku yang baru berjinak2 ni amat lah siputttttttttt nak siapkan 1 design. Cuma ok la..arghhh and yeah I hate all job called 'urgent job'.bluwekkkkkkkkkkkkk!!!!!




Nah nengok picture makan lempeng n capati semalam

06 April 2011

tengkuk

Ku sakit tengkuk buat kerja sehari suntuk. Bukan mudah nak design yer. Syabas kepada graphic designer semuaaaaa anda mmg tabah dan kreatif...ku masih terkedek-kedek...tapi ok la dah dapat hasilnya last month macam agak menggembirakan :D kihkihkih nak balikkkkkkkkkkkk...I miss si bombom Darin!


ainbubuk

YIKES!

yes yikes! didn't update my blog for ages! im OLD!!!! no no no!!! im just BUSY! read the word there?BUSY yeahhh hahahahah lame. Since I dah kena tagged by Beep then I think it's a good start untuk i update blog ni.hehehe. So here it is some juicy crap for ur blog reading today :)




Once you have been tagged you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know about you. Your cooperation is highly appreciated.


Check it out


1. I'm married with a funny man named Anas Effandy!

2. My lil cupcake is going to be 7 months old this 14/04 and her name is Nur Darin which means 'Cahaya Bunga' :)

3. I takut belon

4. I pernah sondol kabinet kaca letak tv and brg hiasan when I was 5 or 6 years old kot and takde apa-apa yang berlaku kt kulit kepala mahupon kondisi gegaran otak :D

5. Sekali lagi when I was 23 years old, I accident kereta and kepala terhentak ke windscreen sebab tersondol ke depan, dan kondisi kepala masih sangat ok :)

6. I takut kucing (SANGAT TAKUT)

7. I takut belon and clown jugak

8. I pandai jahit beads/lace and buat tote bag since I was form 3 :D

9. Sebenarnya lepas SPM nak amik fashion design tapi Abah sekeras-kerasnya TAK BAGI.bluwekk!

10. Pernah panjat bangunan belakang hostel perempuan kat IKRAM sebab keluar malam tak tulis nama and balik subuh pagi pastu pak guard kejar.haha!

11. Pernah masuk pertandingan mewarna and melukis wakil sekolah rendah kat Shah Alam,dapat saguhati.

12. Selalu masuk pertandingan mewarna and melukis and mendapat sokongan penuh oleh mak (sebab dia je yang teman tiap kali pon)

13. Takut tido tingkap/pintu terbuka

14. Pernah suka sangat gigi kuku/makan kuku sampai Abah kejar 1 rumah untuk 'titik' jari dengan pembaris besi.cruel!!

15. Pernah accident injured kat dahi and berbalut kepala ke sekolah masa kindergarden sebab main-main kat paip surau masa amik sembahyang

16. Kena rotan dengan Abah sebab buat 'cross' depan mak masa dia semabahyang. Sebab terikut-ikut cikgu and kawan sebab dari tadika sampai standard 3 kat Christ Church Kindergarden and Convent Melaka.

17. Pernah masuk pertandingan memasak masa darjah 6 and dapat no.1 hahaha my 1st cook : sambal udang (that's why itu my fav selain masak asam pedas! haha)

18. Selalu jatuh terlentang kat bilik air :(

19. Agak forgetfull tapi sangat particular orangnya

20. Pernah sangat broke sampai tinggal RM5.00 dalam poket walhal nak gi kerja lagi 2 hari before gaji.

21. Tak suka aiskrim jagung or ada jagung dalam my nasi

22. Although Anas is my husband now, dulu masa bercinta pernah break off setahun :D

23. I was alone in the labour room and deliver Darin tanpa ditemani suami or family (sebab Anas admitted due to denggi)

24. Suka sangat ikan keli and siakap among all fish ;p

25. Swimming bole la sikit2 tapi tak pernah pandai floating! hahahahahahahahahahha boo!




that's all folk! haha


ainbubuk

02 February 2011

long holiday long fun?

I can't believe it I forgot to blog! Not that I don't want to but I seriously forgot to blog. oh myyy...Ok it seems like everyone is out of town for long holiday due to CNY. I'm still stuck in the kedai cuz our customer will come to take his order and he is still ON THE WAY >.<
What did I do for the past few weeks? I went to few weddings, cousin, besties etc..attended birthday party as well. And owh ya, did shopping for my little girl bushuk masham Darin too :) I end up spent so much money at Cotton On Kids and all I got for myself is only a pair of shoes from Cotton On and a pant aih..anak anak...
Owh forgot to write something bout Sada's wedding. It was such a memorable wedding with my besties, preparations, very hectic here and there, last minute this and that..crazy I can say hahaha. But after all, I heart every single thing on her wedding. And I am so happy that she love the hantaran, pelamin and deco we made for her :) I love you Sada and Joe!
Ok, since tomorrow is CNY til friday and the break continue till Sunday...I am going to a long vacation with Sada, Lyana, Sarah and our hubby to Penang (of course we are going to stay at our dearest Yash's crib! haha). Can't wait for the moment to come where we can again have our long chit chatting, outing, makan-makan and tido sesama after soo longgggg kan??? hehe.
But before Penang, me and the whole family will have a picnic with my cousins, aunty and uncle at Bagan lalang beach (our home sweet home! ;p). Can't wait for this picnic too! Coz we've been discussing bout this like crazy and we are sooo gonna make it tomorrow!hahaha. I bet it'll be super fun with them!
Till then, have a good long holiday with your loved ones (I'm sure I will! ;p)
ainbubuk :)

19 January 2011

suka gambar sendiri

Lama tak ada gambar full berdiri seorang..this pic taken from Sada's album and I'm loving it!hahahahahahaha...muka yang takde expression sangat kan...woohooo...perasan tak penambahan sedikit berat badan kesan peranakkan?hahaha alasan! ok come let's muntah tegede2


ainbubuk :)

opocot

Last weekend was crazy. Saturday, helped along pindah rumah (not! it is more to "anas helped along pindah rumah, me and darin tengok aja" ;p). We supposed to finish early and get ready to Sarah's hotel for her reception at 4pm. Unfortunately due to the lorry's late arrival, we were late to the reception..super late :(

The saddest thing bout the night....I telah jatuh gedebok! :( luckily Darin selamat in my arms! I was pretty shocked but alhamdulillah everything was fine. Thank you Kak Jan for being there for meeeee..with meeee...aih...

After all, it was a very beautiful night. Sarah and Sham looked stunning and gorgeous. I love their outfit and every single thing from head to toe..not to forgot every bits of the wedding (especially my besties!) :)

Next time around is Sada's wedding. arghh..another nervous attack to me and the clan sebab we gotta make her hantaran and mini pelamin for nikah as well. aiyok..nevermind insyaallah we can do it!haha. Then in February is my cousin's turn. Hantaran deco again. my life is fun! :)
Owh we are planning to go cuti-cuti Malaysia this CNY holiday. We haven't decide where to go yet but anyhow, on 3rd Feb we are going to have a picnic and bbq at the beach nearby my house, Bagan Lalang with our closest cousins.yeayy!! 4th baru jalan-jalan ok ;pp
ainbubuk :)

14 January 2011

4 months mum and baby

Darin is 4 months old today and so do I, as a mother :)

How time flies kan? Masih terngiang-ngiang masa dijahit bawah tu. ok lah I diam ;p
As a 4 months old baby, Darin dah slowly pandai buat itu ini. Lift her back and neck up is her favourite thang lately. She loves sucking her fingers too! Selain minum susu dengan kuatnya. And 1 thing yang interesting, bila I cakap kat phone, dia diam je tengok kita bercakap and dengar apa kita cakap. Ada 1 time tu, I put the phone at her ear and suruh Anas cakap la something, then dia punya mata bulat semacam and macam duk la dengar dengan tekunnya. Ala-ala macam paham cuma takleh nak bercakap je.haha how cute!

Sekarang ni selain mulut pandai keluar macam-macam bunyik macam menceceh, dia suka jugak gelak kuat-kuat bila diagah. Sebab dari dia dalam pantang, atuk and wan nya suka berborak-borak dengan dia macam cakap dengan orang besar. hehe. Tapi bila keluar, jumpa orang ramai-ramai dia senyap..tengok je orang tu. Macam last night we went dinner with Zati, bila Zati pegang je dia..senyap jeeeee..dalam kereta in her carseat pon sama. And bestnya Darin ni sangat memahami maknya.haha. Bila keluar, dia mesti tidur time I nak makan. hahaha. Pas dah habis baru bangun balik.haha. Sebab agaknya selalu pesan kat dia before nak keluar tu. "Darin, nanti jangan cranky cranky and senyap je tamau nangis-nangis kat luar ok?"...gitulah antara bunyi-bunyi pesananku hahahaha. Nanti bila dia dah ngantuk, dia rengek sikit je kita terus bagi nenen..sure lelap terus seaman-amannya.

Darin loves music too! hahaha I selalu jadi penyanyi dia. Habis sume lagu nyanyi. Nanti dia diammmm je and smile kat you.hahahaha. fun baby kan ;p

Alhamdulillah so far Darin senang dijaga. She is such a good girl. That's why mula-mula I've been wondering jugak how la to bring Darin to work. Nak buat kerja, nak layan baby. Nasib baik dia ni mudah nak dijaga. Cukup makan, cukup tido ok lah. Tidur malam pun Darin good girl. Bangun hanya sekali usually at 630am. Nak kejut mum terus bangun solat subuh jugak agaknya. Bagus hehe.

Cepat besar Darin nanti kita boleh gi Papilion shopping sama-sama!

ainbubuk :)

13 January 2011

1 year, 1 month, 1 week and 1 day

Tak perasan pun sebenarnya rupa-rupanya hari ni genap 1 year, 1 month, 1 week and 1 day I dah jadi wife to Anas Effandy :)

Tiba-tiba hati berbunga-bunga. Nak celebrate pun Anas ada kat Kuala Kangsar, outstation. Takpe esok dia balik.hehehe. I miss you and definitely love you shayang :)






ainbubuk :)

gotcha weyh!

Life been great except for last week. The whole week was rubbish!haha. OK I shouldn't get too emotional bout it but sapa tak emo kalau when you work with a company yang bila kita nak solat and pump susu pun jadi isu. Tak bagi training for new staff like me and expect I know everything dalam masa 2 hari? And when you clarify something with them, mereka yell kat kita macam kita ni bongok sangat? Fine, angkat kaki blah. Monday morning I texted my ex-1week-boss nak berenti bla bla bla. Then that's it. hahaha Tak pernah dalam sejarah 7 tahun bekerja ni berenti bagi short notice and ada kejadian sampah macam ni.haha. babai!
Now I am happily working with my sister, Along. Dia dah run her own business and I keje jaga ofis and retail outlet dia. Namanya AMS Souvenir, selalu supply barang for government, corporate organization etc. Selain buat admin work and jadi PA dia, ada jugak sikit-sikit design untuk t-shirt ke, souvenir ke apa-apa kena buat. Blog pon kena update jugak sebab depa punya yang dulu dah outdated sikit design and info. And paling funny, I bring Darin to work too! hahaha.
Actually I kena prank dengan my younger sis Apah. She offered me a job katanya dekat office client dia. Time tu masa I duk complaint bout tempat keje last week lah. Pastu ok lah dia cakap leh bawak anak, very flexible yada yada yada. haha. Sekali Monday lepas gi la jumpa dia, masa dia bagi business card tu, tulis nama Along! Tak ke gelak sekuatnya dalam kereta. hahahahaha..biadap la kenakan aku! gotcha sgt!hahahahahha. Rupa-rupanya diorang memang plan nak suh I work with Along cuma aritu tiba-tiba dah keje kan, diorang malas nak tanya. Heh.
So keje la I dah 4 days ni. Tapi baru 2 hari bawak Darin sebab Monday and Tuesday mak ada kat sini lagi. Hehehe. So far so good. Lain yang dirancang, lain yang datang. Ni ke rezeki rimau ke gajah katanya?haha!


ainbubuk :)

01 January 2011

alhamdulillah

Alhamdulillah, a year has passed and now come another year..welcome 2011 :)

I must thank Allah for giving me a great gift in year 2010. I thank Allah for Nur Darin and alhamdulillah a healthy and happy family.

I wish for the same happineses and prosperous in this new year 2011 and pray that we're blessed in every single thing we do. Insyaallah

Have a smooth sailing year everyone


ainbubuk :)