30 December 2010

kerja baru

Semalam gi amik offer letter. Smiling ear to ear gitu. Alhamdulillah so far as per stated in the letter, semuanya agak puas hati. Tak tahu lah apa jadi nanti bila dah kerja. Standard lah kalau datang la macam-macam benda masa dah kerja (pengalaman 7 tahun amat mengajarku! hahaha)
Sempat jugak ronda office baru kejap semalam sebab Bos tu macam excited nau nak bawak. Dah tengok-tengok duk terfikir, mana bilik sembahyang. Then I asked her, she said "ok, there's a room over there you can make use for anything including your sembahyang" ermm...quite small for a big bum like me hahaha. Tapi bila teringat pesan mak, sembahyang kat mana-mana pun bole, sempit ke apa. Takde alasan untuk tak sembahyang sebab tempat tu kecik >.<
Ok bersedia kamu ke tempat kerja baru setelah setahun noor ain! semangat baru! haha
ainbubuk :)

27 December 2010

masa depan keluarga kami

Semalam Anas tanya whether I betul-betul nak kerja sepenuh masa or nak work from house and taking care of our baby sepenuh masa. I answered him, yes I'd love to take care of my baby sepenuh masa. Dari dulu selalu rasa nak besarkan anak sendiri and tak rasa nak kerja bila dah ada anak. I've been working for 7 years and I had enough. I'm not a workaholic type and selalu rasa lebih sesuai menjaga makan pakai suami, anak-anak and seluruh rumahtangga hari-hari daripada penat bekerja. Entah kenapa. Sebab agaknya tengok mak yang surirumah sepenuh masa and jaga kitorang semua, rasa macam nak buat mcm tu jugak.

Abah bukan seorang yang bergaji besar masa kami semua kecik lagi. Mak sendiri cakap, Abah tak pernah mengeluh dengan gaji keciknya tu nak besarkan kitorang 5 orang anak perempuan dia yang selang 2 and 3 tahun ni umurnya. Walhal dia nak membela anak yang masa kecik masing-masing tengah pakai diaper, nak beli susu, baju etc. Pulak tu Mak tak pandai drive. Apa-apa pun memang Abah yang kena ke hulur ke hilir dengan motor nya tu. Bila kitorang dah besar sikit, baru gaji Abah dah besar sikit and mampu pakai kereta. Tapi berjaya jugak Abah sekolahkan kitorang and semua amik degree. Alhamdulillah, now kita semua kerja elok-elok. Cuma I je adik beradik yang dah kawin tapi behenti kerja bila kawin. Tapi diorang tak question me pasal ni pun sebab they know, how hard I kerja since my age 20years old.


I finished my diploma at my age 20, sebab masa tu amik Dip IT for 1 year and 9 months nyer course, then rasa nak kerja.. So kerja lah and bila dah kerja rasa rugi tak amik degree sebab still young. So I took part time degree while working sebab dah sedap pegang duit sendiri. Mula-mula kerja IT assistant kat Sunway Group for a year, then dapat offer ke IBM lama. almost 4 years. Pastu baru lah ke Ambank Group..pastu rasa taknak kerja dah :P


Then malam tadi tiba-tiba Anas told me something yang macam membuka sinaran baru pulak hehe. Macam langit untuk masa depan makin cerah :) Tak sangka dia sanggup nak invest begitu banyak untuk isterinya start of new things in life. Insyaallah kalau betula la berjaya benda ni, memang I yakin ni mesti rezeki anak kami, Nur Darin :) Allah itu maha besar and maha pemurah. Amin


ainbubuk :)

26 December 2010

mum so tired lah!

Sakan..memang sakan weekend ni kitorang kenduri dekat rumah uncle kat Banting. Sangat penat. Sangat kenyang pon yer. Sangat kenyang and kegemukkan melanda. Serious tak tipu!! Just imagine, today's menu sahaja ialah = nasik minyak (dgn lauk2 dia la kan), laksa, popiah basah, roti canai, pecal, cendol, bubur kacang and aiskrim *.* Friday-Saturday lepas, takyah citer. Nice fat kan?haha.
Ni kami dah sampai rumah dulu before Anas sebab dia balik petang semalam untuk kerja hari ini. Ni dia kat Tg. Malim and will be back soon. Mum and Darin tadi dah baring kepenatan ni. Berbaju kurung seharian. Darin dengan dress nya. Tau je lah Darin kalau pakai dress, seharian macam rimas semacammmm je, bagi romper ke apa..happy! sebab lebih banyak isi terdedah pada udara kot!
Gambar belum upload sebab camera dekat Aqidah, boleh??! bongek la. Beria nak upload balik ni, check check takde, sekali sms, betol lah dekat adik! huh!
Wey guess what? Sebab kepenatan sangat, Darin kan 2 kali tidur dengan sendirinya. Mula-mula dah bangun, pastu bebel-bebel sendirian..dia tertidur sendiri. Hehehe kesian la anak mummy ni! Shaaaayang dia :)
Ok nak mandi dulu. Ni tadi bapaknya dak sms cakap if larat and dia cepat sampai nak bawak pi makan aiskrim. Yolah tuu...tak berharap sangat sebab tahu pesen bapak Darin ni. pbbrrtt!
OK mandi mandi sebelum dimandikan! :D
ainbubuk :)

24 December 2010

you tipu!

Anas suka cakap nak gi singgah rumah budak-budak (merujuk kepada rumah bujang lama dia dimana kawan2 dia masih menginap) 'kejap' tapi jadi 2-3 hours..penipu kan?? Tadi sergah dia "no, better don't say kejap eh awak! nanti dia jadi 2-3hours! penipu!" pastu dia boleh gelak-gelak??eeeeeeeeeee!!! geramm!!!


Selalu macam tu okeh! Grrrrrrr tak boleh pakai la you punya janji 'kejap' tu! Kan kita nak ke banting ni. Jangan lah hegeh2 sayang! Hadoiiii laki aku...entah apa candu ada kat rumah bujang tu kan?! nak kata tv, game sume ada kt umah ni..nak berkepit bawah ketiak memasing agaknya. Ni lah masalah orang membesar dengan kawan-kawan ni. huhhh nak aja aku duk serumah dengan depa hahahah gila.


ainbubuk :)

baju ketat

Darin kategori budak tembam bagi umurnya >.< Banyak baju dah tak muat and sedat jua ketat!



Sayang sebab baju cute2 and paling sayang dress yang I beli untuk dia for her cukur jambul that day. Pakai sekali je kot. Nak try pakaikan sekali lagi ahad ni (kalau muat!)


Aiyo macam ni punya pesen Darin, beli baju awak kena tengok yang budak setahun punya age. Wan you cakap, soooo like mum masa kecik-kecik dulu! hahahaha
my bambam girl :)
FYI, baju mum pon dah ketat semenjak beranakkan you Darin! hahahaha
ainbubuk :)

party people

I love parties! be it birthday party, bachelorette party, anniversary party, housewarming party, even kenduri kendara and banyak lagi! :D
Paling suka part decorations, planning and all. That's why since schooling time, asal nak buat gathering ke hapa, sure muka aku dalam list ahli jawatankuasa hahaha!

Since Sara and Sada is getting married this January, we're going to have their Bachelorette party on 2nd Jan at Cafe Barberra, Jalan Maarof Bangsar. I was super excited to throw ideas for the deco. Kepala otak dah start nak buat itu ini craft and all. Memandangkan my girl is too small to handle selain kerja-kerja ni I volunteer myself to make their cards and nametag.

We usually choose pastel colours for our party. So this time around we are going to have it in Purple and Red theme. Sangat kontra isn't it? Nak try macam mana rupanya party kaler-kaler strong ni. hehehe.



So now, I'm browsing few webbies for ideas! Fun! weee!~
Pic courtesy by tedroz :)




ainbubuk :)

wedding weekend

Today after solat Jumaat, we will shoot to our uncle's house in Banting. My whole family will stay there for 2 nights for our cousin's wedding. This is the 1st wedding of the family and as the closest cousins, we don't want to miss every each of the moments with him :) (ingat tak my entry bout wedding in Kuala Selangor?ah that one :))
Kebetulan Anas worked last night so siang ni dia tak kerja. Senang I nak buat kerja rumah membasuh baju, masak, lipat kain, kemas rumah itu ini bila dia ada. Or else, lambat nak siap semua benda bila Darin ada ni. Baru nak ke dapur sesaat bunyik "ekkk ekk"..hmm Tadi dia mandikan sebab tengok diaper anak dah penuh haha. Syabas beteh!
Last night we sisters, discussed baju apa and what colour nak pakai wedding Padil nanti (mcm biasa) and tak aci gila bila Along purposely gi beli kaftan kaler gold semalam! bongok la ko long! Nasib baik thinking of I need to breastfeed Darin, so I rela pakai baju kurung daripada menyusahkan diri nak selak kaftan nyusukan dia nanti (kaftan glemer I tak pernah dipakai-pakai due to breastfeeding ya!) nevermind, anak punya pasal ku korbankan semua :) Kita masih boleh bergaya walaupon breastfeed ya! :P
Tadi mum called and asked what to bring from rumah Bagan sebab I will not singgah Bagan before heading to Banting. So I asked her to bring my kebaya pengantin kawin aritu. Konon-konon leh pakai ke hahaha. Tapi if takleh then pakai kain songket dia je lah match dengan my gold kurung top. (kalau bole pakai kebaya tu lagi, memang meletop aku!) tapi dia kain chiffon and untuk dukung Darin yang lasak walaupon baru 3 months ni agak mengundang =.=
Tengoklah baju apa sesuai dipakai nanti. Ku bawak semua (fickle susah nk decide.pbbrtt!) Akan jadi wardrobe lah kete Anas penuh aku gantung baju karang. Sure kena marah haha!


ainbubuk :)

tabiat tidur

My girl has this tabiat tidur yang sangat lasak. Even masa dia baru few weeks lahir, dia akan menggelongsor ke bawah setelah menggeliat-geliat. Lepas tu, dia suka mengepakkan tangannya. Cuma yang tak sukanya, dia cepat sangat terkejut, so my parents advised me to put pillow on her chest. But now, she loves to tidur meniarap. Sendiri pandai. Mula-mula dulu nak ajar jugak but she couldn't sleep when kita tiarapkan dia. Now, kalau merengek ngade-ngade, kita sangkut kat bahu kejap dia tidur, then tiarapkan terus. Hehe.
Yang funny bila malam tidur, bapaknya keep on adjusting her position hahahah. Sebab dia cakap "Awak, saya tiap kali terjaga tengok kepala dia dah kat badan awak instead of selari dengan kepala awak, so saya betulkan balik..pastu pusing balik 45 degree" hahahahahahah. Lasak dan tidur bising macam sapa??? BAPAKNYA! hahahahaha

Tidurlah macam mana pun Darin, asal kau cukup tidur haha



ainbubuk :)

23 December 2010

penakut

Yes, I penakut >.<

entah sampai bila nak berani tinggal rumah sendiri bila Anas outstation i? :(
Letih wey ke sana ke mari tido umah Along bila Anas takde. Or sometimes adik-adik will come to teman me. ermm

Now ada Darin, tapi masih belum berani. arghh!!!

Ya Allah berikan lah daku kekuatan dan keberanian supaya tak suka fikir benda yang bukan-bukan bila berseorangan +.+


ainbubuk :)

Juicy dream!

Yesterday I showed Anas my latest dream bag...it's Scottie Bing Daydreamer Bag by Juicy Couture! *cries



He then asked me to check out the price, mana tahu he mampu to buy for me ;p Coz I told him to change my anniversary gift to this bag (I asked for a new handphone actually) hehehe. Fickle me, even before anniversary I couldn't tell what I really want for my anniversary coz I have tons of choices in mind hahahaha. Anas nak jam je (je but tak tau berapa pulak harga jam idaman dia tu!urghh). So I promised to get him a new watch next month. Wait ya honey! hehe



Here is my Juicy dreamy bag! Sangat sesuai untuk dibawa bershopping bersama Darin kerna pasti muat untuk letak toys, lap muntah, botol and wipes dia selain purse, shades, camera and henpon mummy hahahaha.


ainbubuk :)

babysitter

Iim having a problem looking for a babysitter for my baby, Darin. Till now I still haven't found any. I am freakin worry as I will start work in Jan and now already 23rd dec! :(
Emotionally, memang takut nak letak baby at nursery. Abah pon dah warning benda yang sama. Mak pulak, kalau nak jaga dia busy with her kelas agama and all. Kesian jugak kat dia sebab Mak bukan lah kuat sangat, boleh la tapi sure dia tambah penat tho kat umah tu bila siang dia sorang je.
Ramai orang suruh I mintak tolong Mak jaga kejap for 2 weeks ke, then start looking for babysitter ke nearby my office which is located in Taman Miharja, Cheras. Hmm terfikir juga. Tapi nak suruh Mak jaga early Jan ni amat payah sebab my uncle nak buat kenduri kawin and Mum needs to go rewang rewang and all. Tak kan tak pegi. At least seminggu straight rewang sebab Mak orang penting bahagian dapur selalunya. Ermm..buntu
Still looking and praying hard I will get a babysitter for Darin by next week >.<
ainbubuk :)

22 December 2010

Pasemboq punya pasai!! Day 2

2nd day in Penang was beautiful sebab bangun-bangun dapat nice view from Yash's room :) Sejuk pulak tu. Best tido hehehe. And lagi best bangun-bangun breakfast dah tersedia. Rajin yash buat 20 keping roti canai dengan roti jala and apom-apom nya..kiut miut apom ;pp Mekasih Auntie Yash! (bak kata Abang ;p)


Lepas breakfast kita gi swimming and jakuzi! weeeee!~ best gila sebab dapat beraksi renang berirama hahahahaha!!

We then packed our stuff untuk berjalan and terus pulang ke KL. For lunch, we had it at Nasi Kandaq Beratoq! best gilaaaa..Kari nya sangat best tak terlalu spicy and yeah makan dengan puas hati :)



We didn't had the chance to taste Laksa tepi pantai, char kuew tiau Yash and all sebab short trip jer since Apah and Adik kena kerja on the next morning tu. Nvm, there's always tomorrow hehe :)

Rindu nyer tekak dengan nasik kandaq beratoq ni! ;(


Tourist in Penang ;p tuan tanah pon ado


See you again Penang! We shall see you again next year! Mum, Dad and Darin maybe?heh



Pasemboq punya pasai!!

Yaa! pasemboq punya pasai, sanggup gigih ke Penang tho our initial plan actually nak gi dgn Sada, Sarah and Lyana.
Penang Day 1:

Reached there around 7 -8pm. Successfully reached Yash's home sweet home without being lost in the heart of Penang!hahahah

Ngok ngek ngok ngek at Yash's sampai kul 11pm baru kuar dinner kot hehehe. Guess what? So coincident I met my form 1-form 5 classmates at Yash's sebab dia kawan kepada Amat hehe. Long story lah nak citer. So all of us had dinner together.

We had pasemboq and Gurney Drive!!Terbaekk!!! nak nangis rasanya bila makan. Mula-mula scary nak commit untuk abiskan, last2 hamikk!! rasa tak puas pon ada sebenarnya ;p
Ini ia pasemboq Gurney Drive maii!!
Tuan tanah tempat penginapan kami heheheheeh..mampukah kamu??
Tuan blog semestinya mampu! hahahahaha
My clan ;) mak and angah tido kat umah..kepenatan ;p
Kami happy! Darin tido ;p
bersambung day 2!!heeee
ainbubuk :)

Kuala Selangor Trip

My cousin brother Ahmad Fadhil Husin, (we call him Padil) got married last Friday at Kuala Selangor. So we the whole family took the opportunity to spend a night as our end year holiday. We stayed at a homestay which was booked and sponsored by my auntie. Tepi sawah.hehe. Sadly because of too busy with Darin, I really forgot to snap a picture of the sawah padi view and homestay as well. Sigh

I didn't join the rest of the gang for night outing coz it was raining heavily and decided not to bring Darin out scared she'll get too cold outside, plus lecak and all. sigh. Next time when Darin dah besar we go see kelip kelip and eat seafood there ok?

We then continued our journey to Penang on Saturday for our jalan-jalan hujung tahun 2010 ;pp


ainbubuk :)

Darin pergi cucuk 3 bulan :)

Darin dah 3 bulan 2 mingu. Haritu me and Anas hantar dia cucuk. Baik, langsung tak nangis. Amazing. Last time masa cucuk sebulan and 2, dia masa dicucuk tu ada jugak la nangis kejap, keluar bilik doktor baru senyap. Tapi this time langsung takdak bunyik, yang ada cuma mulut menceceh-ceceh tah cakap apa. hehehe


Before dicucuk


Lepas cucuk :)


Kepenatan, sampai-sampai rumah tertidur..1st time meniarap! hehe

Muka baru lepas bangun tido
ainbubuk :)



warna warni kehidupan

Alkisah kehidupan memang banyak berubah sejak setahun yang lalu. hehe. Menjadikan diri seakan-akan tua sebab tak update blog.kihkih. Tapi nekad nak update blog and menjadi blogger tegar bermula 2011. Jadi untuk menjinakkan diri kembali, mari bercerita status terkini.

Ok since menjadi housewife berjaya (sempat kerja cikgu skolah menengah kejap for 5 months ;p) I akan memulakan kerjaya baru bersama status baru iaitu ibu ;p
Pastinya mencabar. ya! takut sebenarnya yer hahahaha. Tak apa pedulikan..ianya akan menjadi enteng lama kelamaan yaa.. ;p
Ni sekarang ni mission nak live life to the fullest. lepas abis berpantang (agak depressed masa 1st 2weeks berpantang tu), nekad nak kembali beraksi di gelanggang blogging, dan segalanya. life seakan-akan pudar gitu.
FYI, kami dah setahun kawin. super happy!! tho sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan, ada jugak aksi-aksi drama swasta gaduh dan tangisan kecil serta rajuk hehehehe..sang suami egois, sang isteri emosi kihkihkih. Tapi kami sangat bahagia ada Darin. Main agah2 3 orang. Pastu nyanyi sama-sama. Cuma belum jadi kindergarden je rumah ni.
Ok pasni, I and Anas nak kena cari rumah baru. Sebab me dah nak start kerja and Angah maybe nak let go kuarters ni sbb dia nak duduk rumah sendiri kat Ampang. Gitu la kononnya. So misi mencari rumah bermula sekarang..Bangi,Kajang atau Cheras? ermm..single atau double storey? Me berkenan apartment/condo namun Anas x berkena langsung dek kerna parking space nya. Dia nak ada laman utk BBQ (sbb dia suka jamu kwn2 dtg makan) and paling penting garage untuk dia repair2 kereta and simpan segala barang2 kereta nya >.<
And owh ya, Sada and Sara is getting married. I'll be super busy membantu membuat hantaran, pelamin etc..mana yang mampu dibantu. Bestfriends kan...And saya amat memerlukan baju baru yang vouge sehingga mampu menumpaskan para perempuan single yang kononnya bergaya hahahah!! apa motip ni? gila hahaha

Ok diatas ini baby Darin I yang pandai main air liur, menceceh, nangis kuat2 nak susu, tido memanjang and suka menyanyi

Ini pula kita sekeluarga.. ;p



ainbubuk :)

24 August 2010

i miss youu a lott

I miss blogging so much. I just don't know why berat sgt nak drag tangan type and blogging. sekadar facebooking je. Sign of ageing? tak jugak..sebab masih rancak berperangai orang muda tho dah mengandung 9 months ;p driving memalam masih lagi (degil tho dah ditegah anas ;p)

Maybe sbb aritu dah terstop kejap, so jadi camni lah. and my closest ones yang slalu blogging dulu pon mcm dah slow2 sgt2.

Ermm just to update, I am now 37 weeks dah preggie.tunggu hari la if baby nak poop out cepat ke lambat. So far doct cakap semua normal, sihat, baby pon 2.6kg skrg ni, kepala dah ke bawah etc. Barang-barang baby pon dah ready sangat. Plus orang bagi lagi. Nak buat baby shower but then bulan puasa sangat susah nak dapat kan time bila semua orang free. So it's ok tak perlu baby shower pon sebab haritu mak dah buatkan majlis bacaan yasin and doa selamat kat rumah Bagan.

Now aktiviti seharian ialah online, watching tv and relaxing se relax relax nya! Lepas confinement insyaallah baru nak apply sambung teaching balik. Cikgu contract camni la. But elok jugak sebab kita tak terikat nak masuk keje cepat ke apa. hehe. pretty selesa gitu. Income je la. Tapi since dah kawin, I don't feel like working segigih zaman bujang sbb I'm not a workaholic type, so dah ade husband ni makan berak cangkung ada orang leh tanggung jugak kan..sikit2 ok la.. ;p sumpah bunyik takde wawasan kan? hahaha. ehhhh sapa cakap..tunggu la dah deliver nanti next year...ada plan nak buat ni ;p

Aih sekarang ni sibok berjalan nak shopping raya, entah sempat beraya ke tidak tak tahu lah tapi cita-cita tinggi. hahaha ade la jugak baju baru ;p ni nak usha kasut, tudung pulak hahaha..Anas geleng-geleng kepala sebut tang ni. Bear with me je ah Anas..saya tau awak sayang saya hahahahahaha

ok nanti esok sambung lagi k =)
i miss youu a lot lah!
ainbubuk

13 July 2010

berkurun

Dah berkurun kan? So, this is the latest ME!! haha bertambah tembun..story...terlalu banyak....

Status:
Married dan mengandongkan anak 7 bulan sudah! ;p
Keje? GSTT..Guru Sandaran kat Sekolah Menengah Taman Kosas, Ampang sekarang..fun! hahah funny
Due date beranak? September baby! time raya kang..memang tak beraya lah..sudahlah 1st time raya ada suami ni ;p
Lain-lain? takde apa..kecuali..life is MORE AND MORE INTERESTING ada husband and dah pregnant sekarang ni. hehehe..jom la kawin :D


ainbubuk

31 March 2010

i know i know i knowwwww

Yes I know I know I knowwwwww dah berbulan lamanya I tak update blog. panjang cerita la..bersedia lah nak pedih mata bace cerita panjang bawah ni haha.

Reason tak update blog sekian lama?

1. Morning sickness (dah nak masuk 4 bulan sekarang! muahaha)

2. Disebabkan morning sickness, macam-macam benda tak selesa and takleh nak buat. sedih!

3. Tak leh nak ngadap laptop lama-lama. pening la rasa mual...entah

4. Tak duduk and tido kat umah sendiri almost 2 months kot. Tak selesa bau, environment etc =( and my neighbour bela puluhan kucing, and pelbagai bahan buangan sekitar umah menyebabkan bau-bauan amat mengganggu kesihatan hidung dan sebagainya =(

5. Bila duduk bersepah-sepah kadang-kadang balik umah mak kat bagan lalang, kadang-kadang kat umah kakak kat sekitar kajang ni, takde pulak internet kat umah depa..tapi if ada pon macam tak mampu nak online ngadap laptop =(

6. Nausea yang sangat teruk sepanjang 3 bulan pertama (baru ku fahami perasaan ibu kita ngandung 9 bulan yer. sigh)

7. Now no more morning sickness, alhamdulillah cuma masih tak tahan bau-bauan..yang busuk of course takleh, wangi pon macam tak boleh sangat..kena sederhana..entah la tak tau camner nak describe.

8. Tak masuk dapur dah berbulan! tak suka bau minyak goreng ikan! Tapi sekarang dah 2 kali masak untuk anas. dah sihat dah =)

9. Banyak lagi tapi too detail nak hebahkan kat sini haha. naik pening aku nak tulis jgk haha.




Update terkini,

1. Dah dapat keje lah ;p rejeki anak alhamdulillah...takdela kebosanan menghadap tv hehari lagiiiii..(new profession..will reveal later..jgn nak gelak k haha)

2. Akibat ketidakselesaan tinggal kat rumah sendiri, I akan berpindah ke rumah Angah (kakak I) kat Kajang Utama start April ni. Dia tak duduk rumah tu sebab dia duduk umah mak mentua kat Ampang so dapat la duk situ for free. hehe.

3. Anas maybe akan keje abroad lagi..entah la Dubai, Abu Dhabi or Jeddah tapi sume tempat tu memang tak dekat langsung! I sangat gelisah memikirkan hari-hari tanpa Anas semasa pregnant ni. argh I know macam mengada tapi entah lah. aih laa( beranak kang entah la anas ada ke tak time tu.. .ggrrrr be strong je lah gamaknya)

4. Dah beli beberapa pakaian maternity. haha entah apa nak di excited kan tah tapi macam excited jugak la sikit..pinggang ni dah melebar, semua nak ketat jerrrrr..

Eh ok lah eh..panjang sangat macam boring entry aku ni kang haha.

Ermm ni ada sikit latest pic of me yang pregnant masuk 4 bulan..haha macam artis ek perasaan orang nak tengok muka hahaha




babai dulu!

ainbubuk

30 January 2010

laksa night

Kemunculan istimewa Lyana adn Sada ke rumah I pada malam semalam adalah semata-mata untuk memasak laksa (atas rengekan ;p). I love them :D

Dah siap :D sedap..pedas, pekat, masam..haih best

Sada menipu sebenarnya masa untuk memasak hanya 20% je, selebihnya sibok facebooking. huh!

Pasni rumah Sarah pulak... :D ngeh

ainbubuk

29 January 2010

makanan omputih

Tekak nak makanan omputih je. Kalau local, cuma kepingin laksa utara. Dia mesti pekat, masam, pedas..mee laksa dia kena yang putih tau, yang kena rendam dulu tu. Takmau yang basah tinggal celur je tuh ;p Lagi satu, nak chinese food jer..chee meng please =(

Selebihnya nak makanan omputihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....kelmarin dinner makan sausage 2 ketul. Mesti yg besar tu, dalam dia ade chicken ham dengan cheese. Breakfast hari-hari cereal dengan green apple. Harini kurang kederat, kalau ikutkan nak buat baked beans with mushroom shitake. Pastu Anas dah beli bahan-bahan spaghetty dia nak buatkan. Benci dengan kemahuan tekak. Tapi takleh nak bendung lagi. Keinginan melampaui batas.

Bila tengok pompuan ni buat chicken pie (kami berdua pernah cuba pada bulan puasa yang lepas namun cubaan gagal) rasa nak menangis tengok kegebuan and kesedapan rupa paras pie dia =( Sazulya, ingat janji kita....pegang erat-erat...I love you

Sekarang jangan la nak cerita makanan sangat. Bahaya untuk keinginan I. erks

ni gambar from sazulya's

ainbubuk

28 January 2010

another craze

Yes another craze is coming...baca poster bawah ni cukup takyah nak citer panjang lagi...I'm soooooooooo going no matter what! faham??bye


ainbubuk

27 January 2010

topik makanan

Harini all the emailing girls (Salpa, Sarah, Sada, Sazul, Kak Jan and me!) bercakap pasal makanan. We just loveee to eat yeah. note that. Semua size ada dalam my circle of friends ni tapi semua tak berkira cakap pasal makanan. All started when Sarah cakap dia balik rumah sebab cerry berry (kata ganti elok sikit bunyi nya utk cirit birit). Dia cakap berry disebabkan makan asam pedas kat OU. Nahh..dan dan masing-masing keluar jenis masakan kegemaran masing-masing.

Masak lemak kuning daging salai, masak kari ikan, kepala ikan, daging, ayam..cecah roti??? Masak asam pedas, ada yang bagi tips taruk kari la, taruk ikan itu ini, tongkol la parang la etc. Pastu pecal pulak, and then Sazul sebut masak sambal udang petai..And then Sada cakap mak dia masak kurma mesti ada salad yang kitorang semua tak pernah rasa sebab dia ada cuka bagai. Kak Jan cakap pasal masak pindang pastu Salpa cakap biasanya confinement mesti ada masak pindang. Dia kan nak bersalin dah ;p terbayang-bayang la tu makanan semasa confinement haha.

Semua gembira dengan topik hari ini. Semalam semua lemau diam membisu. Connection internet I macam harem. Harini better..

I suka kawan-kawan I semuaaaa pandai makan and berani nak makan and semua tak heran aku gemuk sebab makan hahahahahahah.. Owh well....

ainbubuk

neighbour

Ok Zati is officially my neighbour now =)

Malam semalam kitorang visit dia. hehe. Memang selama ni dia kawan I but not my neighbourla kan. Memang dari dulu duk planning bout wedding and fikir nak duduk mana lepas kawin, dah cakap best jugak kalau berjiran. Haha. So lepas kawin masing-masing nak duduk rumah sendiri kan, me dah jalan dulu cari rumah sewa without asking her mana nak duduk etc. Pastu dia kawin dulu, dia yang tak dapat rumah sewa lagi. Bila I dah duduk few weeks, dia menggelupur cakap dia tengah cari rumah sewa. So I gi jalan-jalan look around la mana tahu ada rumah sewa kat area ni. Seriously macam dah habis tapi teringat ada 1 rumah yang dulu aim sangat cuma pakcik tu fickle. So kitorang tak jadi nak sewa situ. Tup tup Zati call dapat pulak and terus sewa. Sebab Asrin orang Taiping and Zati kampung Kedah sama dengan pakcik to and his wife?? aiyoh. Heh..ok now dah berjiran dowh. Dulu kalau tak, ada rumah kosong sederet rumah ni, tapi tiba-tiba ada orang dah masuk. Ok la depan belakang lorong rumah...Sederet macam melampau sangat dekatnya ;p

Now, I have a neighbour setaman which is my bestfriend! How cool is that?? and dikala Anas outstation, aku tau lah kat mana nak mengadu kasih ;p takdela selalu Zati, aku faham hidup berlaki bini ;p

ainbubuk

26 January 2010

from Sarawak to Sabah with food

Malam tadi Anas cakap he and the boys wanna go Kenyir jalan-jalan. Jealous mendengarnya lantas bercerita pasal Sarawak and Sabah yang dia tak pernah jejak lagi. Yes! cerita punya cerita tiba-tiba rasa kecur lidah terbayang makanan-makanan kat sana. 7 days in Sarawak and Sabah seriously buat I bloated and naik berat sebanyak 2 kilo. terima kasih makanan!
Above is at Magenta, Kuching..seriously Magenta tu tempat dia cantik sangat sangat and food dia not bad at all..

Umai (sarawak traditional dish/ulam/kerabu something like that), sayur yang I forgot what's name is, kepah? lupa la..and tengok la raja segala udang tu ;p...all i ate in Sibu, Sarawak

This is laksa Sarawak. I had it in Sibu before fly to Miri..sedapppppppppppppppp

Dekat KK, kita makan Japanese food sebab boring makan local food and kebetulan gi jalan-jalan kat 1Boneo..

Dan seafood diatas of course from Tawau. Highly recommended. Go Tawau and makanlah seafood mereka especially ikan hari-hari sebab MURAH teramat sangat and sedap jangan kata lah..slurrrpppp jilat sepuluh jari...

nak makan sedap lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

25 January 2010

rezeki

Geram dengan blogspot sebab dari Sabtu malam dah draft entry tapi disebabkan nak upload gambar punya slow, semua tergendala sampai naik malas. Slow sebab blogspot memang slow or sebab gambar dari camera mubin besar (even dah resize???!!). malas nak fikir.

Sabtu siang kita pegi Melaka. Attended relative's wedding, ronda-ronda kota Melaka and malam kita Makan Sate. It supposed to be seafood at Melaka but end up Sate in Kajang. Kajang tetap Kajang kan?

Ahad I had English breakfast with Kak Jan. And then me and Anas went to the Curve to watch movie and since Anas craving for karipap Ikea, we bought half dozen back home.

Petang nampak orang jual laksa tepi jalan. Beli. Tak sedap. Laksa manis? Mana boleh!! marah betol la aku ni sebagai pencinta laksa. I know how to make laksa but I don't feel like doing it myself. Nak laksa orang lain buat. And disebabkan rezeki murah, the girls are coming to my house this Friday purposely to buat laksa for me. Ya Allah gembiranya. Rakan-rakan, adakah kamu memiliki sahabat sebegini bagus? Bagus mereka ni kan? Terharu pulak. And tadi dapat khabaran yang I bakal menerima kasut baru. haha kasut baru macam kereta baru! Bila jobless and suri rumah ni, senang betul nak appreciate sesuatu :D

*rezeki **a* kot. ngeh

ainbubuk

23 January 2010

cupcake

Menengok kepada cupcake ni terus teringat-ingat akan kemanisan kesedapan cupcake kak tine dengan kak jan. Dulu diorang selalu buat cupcake. In fact, masa tunang aritu pon kak tine yang buatkan cupcake and owh masa kawin pun dia buatkan cake. Thank you kak tine! baikkk sangat ;p Different bout kak tine's cupcake is the cake tuuu. Usually orang buat cam tang cake tu kureng, frosting je cute miut. Tapi ni dengan cake cake dia sekali best! Kalau kat luar I think cuppacake, sedap. And now Ina, a friend of mine dah start belajar buat cupcake sendiri jugak. I tasted hers masa gi rumah dia aritu. not bad at all! hehe

credit: beachvintage

Kak Tine, Kak Jan jom main-main buat cupcake? :D ngeh


ainbubuk

22 January 2010

cotton candy

Ya Allah tengoklah ni lagi dua benda ciptaan manusia yang indah! hahahahaha...kira macam ni la angan-angan.. slow slow mengumpul Ain esok lusa pasti dia milik kau jua..suwitttt nauuuuuuuuuu sofa and peti ais weyyy...deco rumah..candy nya! biar wall semua white or cream then para perabots berwarna candy. cotton candy uuuuuuu nicey!

credit: absolutelybeautifulthings

* lepas sembahyang nak doa surah yusuf dengan doa yang murahkan rezeki kuat-kuat..

owh AMIN.

ainbubuk