30 April 2009

Bercutilah kamu

Labour day esok!

Bercuti lah semua kawan-kawan ku yang bekerja. Sesungguhnya hari esok hari KITA! weee!~
So apa u all buat esok? I buat apa? *rahsia

Tapi hari Sabtu tiada rahsia..hari sabtu hari pra-besar kawan comolot ku..I nak pakai nice nice sweet sugar candy..I nak take baaaanyak piccies..I nak ketawa banyak-banyak..I nak makan banyak jugak (ingat 3G ain.. -_-) I nak meraikan hari indah itu dengan bahagia...Pastu I nak gi kinja-kinja kat pantai pulaks with I punya kakak, adik-adik gila yang tercinta itu dan kawan comolot, si Sada Mariana Aris..

I tak sabar!

Apa-apa pun I nak makan ice cream sedap kat satu tempat ni...tunggu entry bila I dah pegi nanti ok? hakhak

ainbubuk

29 April 2009

Ayam Penyet

Ayam penyet ayam penyet ayam penyet ayam penyet...ahhhhh can't get enough of it! Addiction bermula masa 1st time travel to Jakarta 3 years ago. pastu 2nd trip pon duk serang ayam penyet je...sampai dah bape kali ke Jakarta musti serang ayam penyet..Tapi kat sini pon dah banyak, kat Curve ada waroeng ayam penyet, kat Sunway ada Wong Solo and sama jugak Kg.Baru.. kat Bangi baru bukak Wong Solo jugak and Zati cakap kat Cyberjaya pon ada dekat dengan terminal tu. Pegi lah korang...
So last Monday I had dinner with Kak Jan..tak lain tak bukan mustilah ayam penyet..itu 1st time for Kak Jan..hehe..suka benor dia sampai menjilat jari kuku kaki dinding :-

Baca entry kat sini untuk info lebih lanjut.


Owh demm kecur lidah weyyyy!!!! laparrrrrrrrrrrr serta merta

ainbubuk

Owh alamak!

Alamak shait ada orang merajuk disini! Ampun lahh...nanti kita buat outing lagi. Jangan merajuk. Sememangnya itu outing yang tidak dirancang. Kamu tidaklah dilupakan...errr errr err.....lek lek...nak eskrem potong tak?


ainbubuk

Pesanan ku

Minggu yang kurang letih berbanding last week. Seriously banyak lagi keje pending ni tapi sebab nak tunggu other party nyer progress menyebabkan keje pending. But not as hectic as last week. Serious. Cuma gembira lagi sikit sebab this week keje 4 days sahaja dan Jumaat kembali berjimba bersama keluarga!
Ok ok before I go melalut so long, I better start mukadimah tujuan entry ni. hiks..lain tak bukan adalah untuk menceritakan betapa gembira and teruja hati menanti hari sabtu iaitu hari pertunangan sahabat baikku CAJUYA! (ok nama sebenar ialah Sazulya, jangan tertipu). She told me once yang she tak sure when she will get married or bertunang..kadang-kadang dia suka negative bout her nasib. Suke cakap benda-benda yang kononnya macam tak akan berlaku. Dia memang mengundang sket. Haha. But despite all the negative thoughts dia sebenarnya menyimpan impian yang sangat tinggi untuk settle down, at least bertunang la this year. Sapa sangka dalam delay, delay, isu sana isu sini, dia akhirnya bakal bertunang Sabtu ini bersamaan 2 May 2009 dengan jejaka pilihan..Abang Solja. hiks.
I'm so happy for you nyet!!! jangan bimbang semuanya akan baik-baik aja majlis mu nanti. Ingat, bagitau mak andam mekap bedak tu jangan putih sangat nanti apa???? heeeeeeee and jangan nervous sampai overacting buat perangai atas pelamin kechil itu nanti.hokhok. Apa-apa pun sila inform jika saya diperlukan malam sebelum majlis nanti. heh. Mana tahu ada kerja yang boleh ditolong (make sure kerja yang tak merosakkan jari tau!)

*actually title memang takde kena mengena

ainbubuk

28 April 2009

Budak-budak ni...

Ni gambar-gambar budak2 buat perangai kat Q-Bistro last Friday.
Ada yang kusyhuk tengok menu, ada yang hepi sangat muka, ada yang ala2 sopan, and ade yang gold fish. More pics to come frm Sada's camera (lembab!)







ainbubuk

27 April 2009

Kalau lah aku seorang designer

Kalau lah aku seorang designer...
...akan ku design kad kawin ku sendiri...sekarang juga tanpa stress
...akan ku design segala brochure, bunting, slides, dvd dengan cantik so that Boss bayar bonus 10 bulan and gaji sebesar gajah
Itu kalau....
Namun aku hanya manusia biasa, yang kreativitinya sebesar kuman..hanya mampu design pelamin, baju kawin, thank you tag dan kerja-kerja ofis yang hasilnya biasa-biasa jer (itupon ade orang cakap 'cantekknyer!'..aiceh)


ainbubuk

Trouble

Seriously makin sikit bulan nak tiba ke Dec ni makin banyak nyer dugaan. Lepas satu, satu. Troublesome sungguh buat kerja ni. Lepas satu trouble ke trouble yang lain. Anas cakap takpe, at least susah dulu senang kemudian. And bila dah biasa susah pasni benda lain sume jadi senang je nak tempuh. Keadaan yang troublesome sangat or diri sendiri memang troublesome ni? Eh jap jap..ni kira merungut ke? Apa-apa pon nak makan sedap lagi macam nasi ayam Chee Meng sabtu lepas ;p


ainbubuk

Laporan hari minggu

Had girls night out last Friday. Me, Kak Jan, Salpaninot, Sada, Lyana and Cajuya yang hadir. I think our table won the loudest & noisiest laugh in Q-Bistro (if there's such award!).Dah pasti ketawa si Sada yang paling hingar bingar tu..tarik gelak tu sampai urat tekak hampir putus. Tergugat akak-akak makcik-makcik poco-poco gang tu. Gila kau caras kehebatan mereka. Apa-apa pun Sarah gagal menghadirkan diri dek kerna kereta Syam breakdown. entah.
Laporan lanjut, dalam entry berlainan sebab gambar masih belum dihantar pemilik kamera-kamera canggih dan baru si Sada & Salpaninot.
Sabtu kembali, saya bangun pagi gegas-gegas ke BTP (bandar tasik permaisuri lah) untuk ambil sijil kursus kawin. Anas bengang sebab I was late (ala sorry la). Then, saya pula yang bengang sebab kena naik atas building tu amik sijil kursus tu ummpphh! (tak berjaya ngelat suh anas naik ambik). Tghari balik umah Bagan. Best jugak, dalam melepak-lepak kat umah semalam, dapatlah dalam 40 keping thank you tag. Cantik ke tak entah la. testing testing jer. Tapi boleyy la...

Sudahlah. Nak buat benda lain. Nanti sambung lagi. Bila rasa bosan bekerja.

ainbubuk

OMIGOD Krispy Kreme!

owh they are here bebeh!


Still remember this entry? Look at my sister crazily having her Krispy Kreme when we were in Jakarta. I couldn't find my picture *damn. nvm, later then. haha


aiyohhhh..*droolinggggg
ainbubuk

24 April 2009

Tudung Hunting

Pemburuan tudung dilakukan selepas waktu kerja di Jalan TAR bersama-sama seorang lagi pemburu iaitu Nurjahan. Rasa tak keruan hidup asyik pakai tudung yang sama berulang-ulang maka keputusan dibuat demi menjaga hati sendiri. Email Kak Jan awal-awal pagi and tanya dia ok ke if nak gi jln TAR after work. Dia macam biasa la boleh manjang...Kali ni habis beratus..kira kurang RM5 je daripada RM200. cisss mintak kurang banyak takleh. Biasa la peniaga. Tapi saya tahu akak untung banyak. Tapi takpelah since saya nak cantik kan. Cantik ke?

Malas la type lagi..

Look at the colourful tudung..tempting tempting.... :-)~

Trivia : Tangan sapakah itu ;p

Lihatlah..selamat berbelanja!

Dua ketul ni kat mana-mana la pon.....haih haih

Kegembiraan jelas terpancar (dalam hati : abis duit 200 dlm masa tak sampai sejam)

Anas : Awak kat mane?
Ain : Saya kat Jln TAR tengah usha-usha barang..asal?
Anas : Takde apa, saja je nak tahu u dah balik belum, selamat ke tak..
Ain : Jap lagi balik la ni tengah 'tengok-tengok' tudung ni je ha...(dia xtau beratus dah abis)
Kak Jan kita ada kawan baru..bertiga rupanya kita...

Kak jan macam lost...

Kak Jan : Ain kemana kita ni?

Tiba-tiba..

Kak Jan : Uiiyoohhhh cun siot baju tu..nak beli nak beli!!

Ain : Ko biar betul nak beli baju yg kat patung tu ka?

Muka asik teruja je all the time pompuan ni. haha

ainbubuk

23 April 2009

Bila saya....

Bila saya sibuk..saya kadang-kadang lupa nak makan...
Bila saya gelabah nak siapkan keje...saya kadang-kadang lupa nak makan juga...
Bila saya kusut kadang-kadang saya makan macam biasa je tapi kadang-kadang saya takde selera makan pula....

Sebenarnya saya tak tahu kenapa saya tak amik breakfast lagi walaupun saya sebenarnya rasa sangat lapar..adakah kerana saya sibuk? gelabah nak siapkan kerja yang banyak? kusut pasal 'sesuatu'?........





ainbubuk

21 April 2009

Burger dan Pangkor?

Wassap!

Gila banyak nak di update. Dari makan burger 'kampung' (burger Ramly tepi jalan tu la..) sampai citer gi Pangkor. Ok jom la mulakan dengan ucapan salam kepada semua rerakan yang sudi membaca and menjadi pembaca tegar blog ni.

Alkisah cerita burger kampung bermula dengan Kak Jan yang sibok benar dengan terliurnya bace satu blog ni bernama FriedChillies.com. Lepas tu tiap balik keje dia mesti nak jugak mention bagaiman terliurnya and teringinnya dia nak pekena sekali burger kampung (Kak jan panggil burger Ramly) sebab duk asyik terbayang dalam FriedChillies tu. So Jumaat tiba dan kami terus mencarik stall burger kat Serdang. Melayan Kak Jan. Aku redah je..Teringat pulak stall burger jenama Santak sebab Anas cakap dia favourite sangat tempat tu. So pegi la. Dah jumpa, order la ape lagi. Chicken Special Cheese for me dan Daging Double Special untuk Si Nurjahan. Dah siap makan la dengan pelahap. Dalam kereta tak sempat buat apa-apa burger tu dah arwah dimakan kami berdua. Kenyang. Alhamdulillah..burrrppp.......dedua happy balik rumah hati gembira...(Harap Kak Jan berpuas hati walaupun Santak burger tak menang apa-apa anugerah stall burger tercantik, burger tersedap mahupun abang buat burger terhensem..)

Kisah Pangkor pulak camni..Along and kawan-kawan ofis dia nak outing gi Pangkor, bukan la family day pon cuma berapa kerat bebudak ofis dia je. So dia ajak la adik-adik dia ni ha.. tak sangka mak nak follow sekali ;p Abah pun memula nak ikut tiba-tiba malas pulak. Ceh.. Ok la macam mane sekalipun noor ain, noor afra and noor aqidah pasti ikut. Yelah percutian percuma sape taknak. Betul. Sape tak nak....Seronok sangat main la segala jenis permainan laut, snorkeling ape kejadah semua and seakan-akan lupa Isnin bekerja. Hati mula berat nak kerja tapi fikirkan ada kerja kena settle lantas amik half day leave pagi and pegi keje petang jer separuh hari. Cerita Pangkor kena besertakan gambar baru feel. So takat ni je la. Nanti gambar dah upload baru buat entry lain lagi. Nak layan burger jap (tengah minggu makan burger ni)



ainbubuk

20 April 2009

Pangkor!

Ho yeh!! baru pulang dari Pangkor tapi belum sempat nak update. tunggu ye! keh3
ainbubuk

17 April 2009

Tikus menari!

Tomorrow is Saturday! 'They' are not around and kije sume dah siap! yeayyyyyyy

16 April 2009

Jumping girls!

Taknak ketinggalan tempek gambar ni kat sini. hehehehe...
memperkenalkan...........
The Jumping Girls!! hahahahahaha




ainbubuk

14 April 2009

Fickle Me Fickle You

Pernahkah anda berada dalam situasi 'lalang'? Menjadi seorang yang sangat fickle sampai susah nak buat keputusan? I've been browsing for 'something' for the big day. Actually dah decide and almost bayar deposit pon lg seminggu dua ni, but being a fickle me...tadi blog hopping and I saw something..aihh promotionnya agak cheaper cuma hasilnya tidak lah segempak my 1st choice. Fikir-fikir balik, nak amik yang hasilnya sangat puas hati, cantik and pasti senyum sampai ke telinga or yang murah, not bad jugak hasilnya cuma takdelah gempak, tapi kira orite la asalkan murah?

*sebelum kena marah and jadi lebih gila baik stick to my 1st choice sajer!! sudah noor ain jangan ikut nasihat syaitan! ummppp -_-




ainbubuk

Makanan-makanan di California

Untuk yang tak faham, makanan-makanan ini bukanlah makanan yang terdapat di California tetapi di restoran California Pizza yang terletak di aras [berapa tah] KLCC. Disebabkan gambar makanan dalam entry California sebelum ini tidak diupload maka saya sertakan disin untuk berkongsi gembira dengan kesedapan and keseronokan saya menikmati makanan tersebut tempoh hari..Sila layan..

Lettuce Wrap with shrimp and chicken
My Chicken BBQ Salad

Spaghetti Carbonara


yang ni bukan makanan



ainbubuk

Kehadapan kereta kesayanganku....

Dear kereta kesayanganku,

Semalam kau dilanggar sekali lagi, kali terakhir ialah tahun lepas. Sungguh simpati akan daku atas nasib malangmu. Tuan mu ini sudah sangat down dengan nasib malangmu kerana kamu sentiasa memberikan perkhidmatan yang tip top (aiceh bunyik mcm Mitsubishi Evo ;p). Baru-baru ini getah tingkap belah driver buat hal, asyik tersungkit tiap kali tingkap dibuka. Lepas tu break pad pulak haus, tapi sudah ku tukar. Jadi apa lagi yang kamu mahukan wahai kereta kesayangan? Kamu merajuk kerana itu Anas sebut pasal nak tukar kereta pada Sabtu lepas ka? Jangan begitu wahai kereta kesayanganku. Aku takkan menjual kamu dalam masa yang terdekat ini (masa depan camner?). Berkhidmat lah selagi kamu mampu dan yang pasti tuan mu amat berang dengan tow truck jenama Daihatsu semalam itu. Kecacatan mu amat menyedihkan..aarghhhh *sedih

Yang Mengasihimu,
Tuan mu yang PENYAYANG

13 April 2009

Kursus....

Korang buat apa wkend lepas eh? I took leave on Friday then continue la cuti smpai ahad kan..tapi tak rasa pon cuti sangat sebab Sabtu Ahad tu gi kursus kawin..aiseh man..berdarah duduk dalam hall tu hehe..selama ni baru kufahami perasaan orang yang attend training segala ni ek..no wonder trainer memang kena buat lawak..abis korang ingat jadi trainer ni x berdarah ke?? lagi la bediri 8 hrs tu non stop hingat seronok?? hazab! hahahaha

Ok back to kursus kawin..pegi amik yang kat Bndr Tasik Permaisuri atas recommendation sahabt baikku Salpaninot yang telah selamat diijabkabulkan 2 weeks ago hiks ;p..Tempatnya ok ok ajer..tapi ustasnya bagus la kecuali sorang tu..keje asik nak cerita kebesaran diri and berbunyi ala-ala takbur dowh..tak perlu kot citer pasal pangkat kebesaran dia kat office dia and how big is his position sampai takperlu bayar saman polis..duh
Yang lain-lain ok cuma pasanganku kelihatan agak sleep apabila saya sering melihat kepalanya mengangguk-angguk ingatkan tanda setuju rupanya tersengguk tidur..sudahlah dia tak berkawan selama 2 hari kursus tu..eksen awak ni eh..saya pula ada la berkawan dengan minah yang dari 1st day smpai 2nd day duduk sebelah and dia ala-ala brag jgk la pasal perkahwinan dia yang feeling indah ala2 artis buat dgn Linda Rahim itu..memang la cantek dek non...kang kalau I citer kat U pasal I nyer persiapan kang I takut u tersungkur malu ;p hikhik huuuu..kesimpulannya..tidak lah perlu kita bercerita akan kehebatan diri kepada stranger yang tak pernah mengenali mu mahupun lobang hidungmu..sekian.....



Sampai tempat kursus kui 1230..start kui 230..."awak jom gi Paparich makan minum...saya pon nak abiskan Twilight yang dah setahun saya baca ni..."

*kursus dah pegi, ilmu dah penuh kat dada ni..tinggal nak bernikah jer..heh..tapi sijil?? "kak tunggu 4 hari bekerja baru boleh amik"...urghh???


ainbubuk

Happy Birthday Anas Effandy!

Sabtu lepas bersamaan 4 April 2009 kira dlm nombor 4/4/09 gitu.. (perlu ke haha) adalah harijadi Anas Effandy yang ke 30 (wow big number u! ;p)..saya telah menyeronokkkan harijadi nya dengan makan dan bergembira.. Makan di request oleh tuan punya badan sebab bosan dengan western food so makan Madam Kwan je yang dia mintak (save duit aku)..and then berseronok di Kenko Fish Spa...yang nak pegi Fish Spa sangat tu saya dan bukanlah dia hahahaha...tapi dedua dan2 seronok bile tengok ikan tu duk makan and banyaknyer tak terkira!! mari kita tonton gambar ;)

Dumpling ni sedap sgt!!
Char Kuew Tiau dia sangattttt la memang sedap..aih
Sago Gula Melaka dia..perghh
Memula ok......
Ikan kecikkkk banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk geliiiiiiiiiiiiiii
Ni ikan besar sket..dia nyer bite sangat besar! and tickling gile k!


Orang yang tak birthday nampak lebih enjoy berbanding birthday boy ;p

Hope u had a great time too yer Encik Anas! ;) love u! heeee


ainbubuk

California with Cajuya!

Haritu iaitu hari Khamis minggu lepas untuk ke sekian kalinya saya telah dibelanja sempena harijadi saya 28 march lepas (tak sudah2!)..Kali ini oleh Sazulya anak pak Zulkifli ;p Kita feeling sangat nak makan kat Delicious...malangnya ianya ditutup atas sebab renovation..sedih...
Hati hampa kecewa lebih-lebih lagi Sazulya sebab dia gigih men'google' map lokasi restoran berkenaan yang di Jln Tun Razak itu ;p (mekasih atas kegigihan) So setelah hampa, kita decide makan kat California je (walaupun 'California' tu takdelah jauh mane kan)..Alahh California Pizza je ponn..kih3..nak harap gi California bebetul tunggu la nanti jual bonts (pepahamla sendiri haha)
Akibat lapar kebulur segala makan di order mengikut nafsu serakah. Hasilnya kami bloated. Dan yang pasti Sazulya lebih tertarik dengan makanan abang yang duduk kat smoking area nyer table..sebab pastanya kelihatan menarik amat (makanan sendiri yang appetizer tu ko takleh nak abiskan..udang je sume ko kaut!)

Sazul : Nak pasta abang tu!! tunggu pasta tunggu pasni aku dtg aku makan kau!

Kami!!

Ribuan terima kasih untuk sang pembayar..jasamu sungguh ku kenang..selamat ulang tahun sekali lagi noor ain dan semoga Allah panjangkan umur Sazulya dan...panjangkan rezeki..dan..belanja lagi......

*gambar makanan akan diupload kemudian yer.....
ainbubuk

09 April 2009

Away in Pantai Timur

I was away for outstation since Sunday til last night..Late at night..I reached KLIA when the clock tick tock at 10.10pm..It was a tiring working days especially when you need to rush to catch the flight and bus everyday. Thanks to Pecal for his company..I had a nice view in Terengganu though it was a super short time kan?
Sunday, after attending my cousin's daughter's wedding in Klang, Anas sent me to KLIA. Sangat rushing at that time sebab I fell asleep while waiting for Anas nak pick me up at home balik kenduri tu. Penat letih sume ada. Petang tu ke Kota Bharu and tiba sana around 9pm sebab flight delay. Benci! aihh..benci benci pun apa boleh buattt...So I stayed in Grand Riverview Hotel malam tu. Kebetulan Sultan Kelantan ada makan-makan la pulak and I heard Siti Nurhaliza perform for the dinner tu. Kira sehotel la kita malam tu yek Siti? ;p haha
Next day lepas abis training kat KB, I headed to Kuantan. But the most tiring part was catching the flight. Sudahlah kena transit kat KLIA dulu baru pegi Kuantan. Almost 12pm sampai Kuantan and nasib baik the Branch Manager dah suruh driver airport taxi tu tunggu siap-siap. Tiba hotel kat Kuantan M.S Garden tu terus siap-siap nak tido jer..mandi tetap mandi la sudah pasti..letihnya takleh nak ingat. Cuma malam tu kurang nyenyak tidurnya..Bilik yang office book lain tapi sebab dah penuh dia upgrade tu super deluxe so ada 3 katil dalam tu! Takut!!! Apa lagi, combine 2 katil and katil lagi 1 penuh dengan bag segala jadah. haha. (owh saya memang seorang yang amat penakut haha).
Lepas Kuantan ke Terengganu pulak. Naik bas! haha. 5 hours wey. Tapi the most exciting experience was when the bus passed by Petronas City. Lampu-lampu and api-api kat Petronas Kerteh tu memang cantek and terbaekk!!!(camera dalam bag laptop kt atas so tak dapat amik =( aih) I was amazed and excited dalam bas while orang lain tidur berdengkur-dengkur. Luckily I was sitting alone in the bus. Takde orang kat sebelah to witness my kejakunan ;p. Sampai Tganu Pecal jemput and I had late dinner sebab kelaparan sangat kena makan jugak walau lambat camner pon. Malam tu tidur kat Ming Star Hotel depan office kat Tganu. Malam tu adalah malam yang paling enak tidurku walaupun hotel kecik nak compare 2 tempat lain before tu.
Though it was a tiring trip tapi banyak experience tau. Kelantan was nice also, participant nya ramai. Makanannya sedap-sedap. Tapi tak sempat nak gi Rantau Panjang and beli ole-ole pon..Kuantan pon nice. Dapat gi round2 Teluk Chempedak and tahu la pasni mane area rumah makcik and nenek Anas kat Teluk Chempedak tu hehe. Terengganu sangat-sangat best. Owh I memang suka Terengganu. Dulu pernah duduk sana 2 years mase standard 2 and 3..sekolah kat sana, menari atas Bukit Puteri, tunggu and tengok penyu kat Rantau Abang and memang best lah. So Pecal bawak gi jalan-jalan, gi Pasar Payang, gi jemput bapak dia haha (bapak dia ikut cari tempat beli kepok lekor ok walaupun class dia nak start dah..hehe thanks uncle! ;p) then gi umah makcik dia siap minum teh and makan karipap ikan huhu and dia bwk jgk tunjuk tepi pantai tempat dia selalu amik ketenangan nearby chalet dia tu hehe. It was a very nice view malam semalam bulannya cantik and terang dan pasti aku akan pegi lagi Pecal ko tunggu la yer bulan 6 ni hehehe. nak candat sotong skali!!!
ainbubuk

Peewitt!

I AM BACK!! finally
And I am currently feeling so tired...will be back with lots of story laytah bebeh!
(nak gi buat claim jap..money money moneyy!!! kih3)


ainbubuk

03 April 2009

Ahh I like!

I love taking picture and I love posing for the camera! Self-obsession and satisfaction! So what?? Itu kepakaran saya! hahaha. enjoice for the syiok sendiri picture of mine..

(Owh anyways, I'm going outstation from Sunday to Wednesday to Kota Bharu, then Kuantan and finally Kuala Terengganu..*sigh..gonna see Pecal in KT and can't wait to spend time with Anas this Saturday..and on 11th April pulak we're going to sit for kursus kahwin together..erk..sungguh ku tak sangka pegi kursus kawin ;p)







Dan orang yang paling melayan mustilahhhh..............................treng teng!!
.
.
.
.
kehkehkeh.....selamat!~
ainbubuk