Semalam kau dilanggar sekali lagi, kali terakhir ialah tahun lepas. Sungguh simpati akan daku atas nasib malangmu. Tuan mu ini sudah sangat down dengan nasib malangmu kerana kamu sentiasa memberikan perkhidmatan yang tip top (aiceh bunyik mcm Mitsubishi Evo ;p). Baru-baru ini getah tingkap belah driver buat hal, asyik tersungkit tiap kali tingkap dibuka. Lepas tu break pad pulak haus, tapi sudah ku tukar. Jadi apa lagi yang kamu mahukan wahai kereta kesayangan? Kamu merajuk kerana itu Anas sebut pasal nak tukar kereta pada Sabtu lepas ka? Jangan begitu wahai kereta kesayanganku. Aku takkan menjual kamu dalam masa yang terdekat ini (masa depan camner?). Berkhidmat lah selagi kamu mampu dan yang pasti tuan mu amat berang dengan tow truck jenama Daihatsu semalam itu. Kecacatan mu amat menyedihkan..aarghhhh *sedih
Yang Mengasihimu,
Tuan mu yang PENYAYANG
oh kereta mu mmg sungguh berbakti padamu i know. hehehe. berbakti pada ku juga.
ReplyDelete