21 April 2009

Burger dan Pangkor?

Wassap!

Gila banyak nak di update. Dari makan burger 'kampung' (burger Ramly tepi jalan tu la..) sampai citer gi Pangkor. Ok jom la mulakan dengan ucapan salam kepada semua rerakan yang sudi membaca and menjadi pembaca tegar blog ni.

Alkisah cerita burger kampung bermula dengan Kak Jan yang sibok benar dengan terliurnya bace satu blog ni bernama FriedChillies.com. Lepas tu tiap balik keje dia mesti nak jugak mention bagaiman terliurnya and teringinnya dia nak pekena sekali burger kampung (Kak jan panggil burger Ramly) sebab duk asyik terbayang dalam FriedChillies tu. So Jumaat tiba dan kami terus mencarik stall burger kat Serdang. Melayan Kak Jan. Aku redah je..Teringat pulak stall burger jenama Santak sebab Anas cakap dia favourite sangat tempat tu. So pegi la. Dah jumpa, order la ape lagi. Chicken Special Cheese for me dan Daging Double Special untuk Si Nurjahan. Dah siap makan la dengan pelahap. Dalam kereta tak sempat buat apa-apa burger tu dah arwah dimakan kami berdua. Kenyang. Alhamdulillah..burrrppp.......dedua happy balik rumah hati gembira...(Harap Kak Jan berpuas hati walaupun Santak burger tak menang apa-apa anugerah stall burger tercantik, burger tersedap mahupun abang buat burger terhensem..)

Kisah Pangkor pulak camni..Along and kawan-kawan ofis dia nak outing gi Pangkor, bukan la family day pon cuma berapa kerat bebudak ofis dia je. So dia ajak la adik-adik dia ni ha.. tak sangka mak nak follow sekali ;p Abah pun memula nak ikut tiba-tiba malas pulak. Ceh.. Ok la macam mane sekalipun noor ain, noor afra and noor aqidah pasti ikut. Yelah percutian percuma sape taknak. Betul. Sape tak nak....Seronok sangat main la segala jenis permainan laut, snorkeling ape kejadah semua and seakan-akan lupa Isnin bekerja. Hati mula berat nak kerja tapi fikirkan ada kerja kena settle lantas amik half day leave pagi and pegi keje petang jer separuh hari. Cerita Pangkor kena besertakan gambar baru feel. So takat ni je la. Nanti gambar dah upload baru buat entry lain lagi. Nak layan burger jap (tengah minggu makan burger ni)



ainbubuk

1 comment:

  1. mana gambar pangkor!! cepat sket!!!
    nak burger jugakkkkkkkkkkkkkkk!!
    bajet hujung bulan ni.. sesuai kita makan burger kampong sahaja! hehe

    ReplyDelete