24 August 2010

i miss youu a lott

I miss blogging so much. I just don't know why berat sgt nak drag tangan type and blogging. sekadar facebooking je. Sign of ageing? tak jugak..sebab masih rancak berperangai orang muda tho dah mengandung 9 months ;p driving memalam masih lagi (degil tho dah ditegah anas ;p)

Maybe sbb aritu dah terstop kejap, so jadi camni lah. and my closest ones yang slalu blogging dulu pon mcm dah slow2 sgt2.

Ermm just to update, I am now 37 weeks dah preggie.tunggu hari la if baby nak poop out cepat ke lambat. So far doct cakap semua normal, sihat, baby pon 2.6kg skrg ni, kepala dah ke bawah etc. Barang-barang baby pon dah ready sangat. Plus orang bagi lagi. Nak buat baby shower but then bulan puasa sangat susah nak dapat kan time bila semua orang free. So it's ok tak perlu baby shower pon sebab haritu mak dah buatkan majlis bacaan yasin and doa selamat kat rumah Bagan.

Now aktiviti seharian ialah online, watching tv and relaxing se relax relax nya! Lepas confinement insyaallah baru nak apply sambung teaching balik. Cikgu contract camni la. But elok jugak sebab kita tak terikat nak masuk keje cepat ke apa. hehe. pretty selesa gitu. Income je la. Tapi since dah kawin, I don't feel like working segigih zaman bujang sbb I'm not a workaholic type, so dah ade husband ni makan berak cangkung ada orang leh tanggung jugak kan..sikit2 ok la.. ;p sumpah bunyik takde wawasan kan? hahaha. ehhhh sapa cakap..tunggu la dah deliver nanti next year...ada plan nak buat ni ;p

Aih sekarang ni sibok berjalan nak shopping raya, entah sempat beraya ke tidak tak tahu lah tapi cita-cita tinggi. hahaha ade la jugak baju baru ;p ni nak usha kasut, tudung pulak hahaha..Anas geleng-geleng kepala sebut tang ni. Bear with me je ah Anas..saya tau awak sayang saya hahahahahaha

ok nanti esok sambung lagi k =)
i miss youu a lot lah!
ainbubuk

13 July 2010

berkurun

Dah berkurun kan? So, this is the latest ME!! haha bertambah tembun..story...terlalu banyak....

Status:
Married dan mengandongkan anak 7 bulan sudah! ;p
Keje? GSTT..Guru Sandaran kat Sekolah Menengah Taman Kosas, Ampang sekarang..fun! hahah funny
Due date beranak? September baby! time raya kang..memang tak beraya lah..sudahlah 1st time raya ada suami ni ;p
Lain-lain? takde apa..kecuali..life is MORE AND MORE INTERESTING ada husband and dah pregnant sekarang ni. hehehe..jom la kawin :D


ainbubuk

31 March 2010

i know i know i knowwwww

Yes I know I know I knowwwwww dah berbulan lamanya I tak update blog. panjang cerita la..bersedia lah nak pedih mata bace cerita panjang bawah ni haha.

Reason tak update blog sekian lama?

1. Morning sickness (dah nak masuk 4 bulan sekarang! muahaha)

2. Disebabkan morning sickness, macam-macam benda tak selesa and takleh nak buat. sedih!

3. Tak leh nak ngadap laptop lama-lama. pening la rasa mual...entah

4. Tak duduk and tido kat umah sendiri almost 2 months kot. Tak selesa bau, environment etc =( and my neighbour bela puluhan kucing, and pelbagai bahan buangan sekitar umah menyebabkan bau-bauan amat mengganggu kesihatan hidung dan sebagainya =(

5. Bila duduk bersepah-sepah kadang-kadang balik umah mak kat bagan lalang, kadang-kadang kat umah kakak kat sekitar kajang ni, takde pulak internet kat umah depa..tapi if ada pon macam tak mampu nak online ngadap laptop =(

6. Nausea yang sangat teruk sepanjang 3 bulan pertama (baru ku fahami perasaan ibu kita ngandung 9 bulan yer. sigh)

7. Now no more morning sickness, alhamdulillah cuma masih tak tahan bau-bauan..yang busuk of course takleh, wangi pon macam tak boleh sangat..kena sederhana..entah la tak tau camner nak describe.

8. Tak masuk dapur dah berbulan! tak suka bau minyak goreng ikan! Tapi sekarang dah 2 kali masak untuk anas. dah sihat dah =)

9. Banyak lagi tapi too detail nak hebahkan kat sini haha. naik pening aku nak tulis jgk haha.




Update terkini,

1. Dah dapat keje lah ;p rejeki anak alhamdulillah...takdela kebosanan menghadap tv hehari lagiiiii..(new profession..will reveal later..jgn nak gelak k haha)

2. Akibat ketidakselesaan tinggal kat rumah sendiri, I akan berpindah ke rumah Angah (kakak I) kat Kajang Utama start April ni. Dia tak duduk rumah tu sebab dia duduk umah mak mentua kat Ampang so dapat la duk situ for free. hehe.

3. Anas maybe akan keje abroad lagi..entah la Dubai, Abu Dhabi or Jeddah tapi sume tempat tu memang tak dekat langsung! I sangat gelisah memikirkan hari-hari tanpa Anas semasa pregnant ni. argh I know macam mengada tapi entah lah. aih laa( beranak kang entah la anas ada ke tak time tu.. .ggrrrr be strong je lah gamaknya)

4. Dah beli beberapa pakaian maternity. haha entah apa nak di excited kan tah tapi macam excited jugak la sikit..pinggang ni dah melebar, semua nak ketat jerrrrr..

Eh ok lah eh..panjang sangat macam boring entry aku ni kang haha.

Ermm ni ada sikit latest pic of me yang pregnant masuk 4 bulan..haha macam artis ek perasaan orang nak tengok muka hahaha




babai dulu!

ainbubuk

30 January 2010

laksa night

Kemunculan istimewa Lyana adn Sada ke rumah I pada malam semalam adalah semata-mata untuk memasak laksa (atas rengekan ;p). I love them :D

Dah siap :D sedap..pedas, pekat, masam..haih best

Sada menipu sebenarnya masa untuk memasak hanya 20% je, selebihnya sibok facebooking. huh!

Pasni rumah Sarah pulak... :D ngeh

ainbubuk

29 January 2010

makanan omputih

Tekak nak makanan omputih je. Kalau local, cuma kepingin laksa utara. Dia mesti pekat, masam, pedas..mee laksa dia kena yang putih tau, yang kena rendam dulu tu. Takmau yang basah tinggal celur je tuh ;p Lagi satu, nak chinese food jer..chee meng please =(

Selebihnya nak makanan omputihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....kelmarin dinner makan sausage 2 ketul. Mesti yg besar tu, dalam dia ade chicken ham dengan cheese. Breakfast hari-hari cereal dengan green apple. Harini kurang kederat, kalau ikutkan nak buat baked beans with mushroom shitake. Pastu Anas dah beli bahan-bahan spaghetty dia nak buatkan. Benci dengan kemahuan tekak. Tapi takleh nak bendung lagi. Keinginan melampaui batas.

Bila tengok pompuan ni buat chicken pie (kami berdua pernah cuba pada bulan puasa yang lepas namun cubaan gagal) rasa nak menangis tengok kegebuan and kesedapan rupa paras pie dia =( Sazulya, ingat janji kita....pegang erat-erat...I love you

Sekarang jangan la nak cerita makanan sangat. Bahaya untuk keinginan I. erks

ni gambar from sazulya's

ainbubuk

28 January 2010

another craze

Yes another craze is coming...baca poster bawah ni cukup takyah nak citer panjang lagi...I'm soooooooooo going no matter what! faham??bye


ainbubuk

27 January 2010

topik makanan

Harini all the emailing girls (Salpa, Sarah, Sada, Sazul, Kak Jan and me!) bercakap pasal makanan. We just loveee to eat yeah. note that. Semua size ada dalam my circle of friends ni tapi semua tak berkira cakap pasal makanan. All started when Sarah cakap dia balik rumah sebab cerry berry (kata ganti elok sikit bunyi nya utk cirit birit). Dia cakap berry disebabkan makan asam pedas kat OU. Nahh..dan dan masing-masing keluar jenis masakan kegemaran masing-masing.

Masak lemak kuning daging salai, masak kari ikan, kepala ikan, daging, ayam..cecah roti??? Masak asam pedas, ada yang bagi tips taruk kari la, taruk ikan itu ini, tongkol la parang la etc. Pastu pecal pulak, and then Sazul sebut masak sambal udang petai..And then Sada cakap mak dia masak kurma mesti ada salad yang kitorang semua tak pernah rasa sebab dia ada cuka bagai. Kak Jan cakap pasal masak pindang pastu Salpa cakap biasanya confinement mesti ada masak pindang. Dia kan nak bersalin dah ;p terbayang-bayang la tu makanan semasa confinement haha.

Semua gembira dengan topik hari ini. Semalam semua lemau diam membisu. Connection internet I macam harem. Harini better..

I suka kawan-kawan I semuaaaa pandai makan and berani nak makan and semua tak heran aku gemuk sebab makan hahahahahahah.. Owh well....

ainbubuk

neighbour

Ok Zati is officially my neighbour now =)

Malam semalam kitorang visit dia. hehe. Memang selama ni dia kawan I but not my neighbourla kan. Memang dari dulu duk planning bout wedding and fikir nak duduk mana lepas kawin, dah cakap best jugak kalau berjiran. Haha. So lepas kawin masing-masing nak duduk rumah sendiri kan, me dah jalan dulu cari rumah sewa without asking her mana nak duduk etc. Pastu dia kawin dulu, dia yang tak dapat rumah sewa lagi. Bila I dah duduk few weeks, dia menggelupur cakap dia tengah cari rumah sewa. So I gi jalan-jalan look around la mana tahu ada rumah sewa kat area ni. Seriously macam dah habis tapi teringat ada 1 rumah yang dulu aim sangat cuma pakcik tu fickle. So kitorang tak jadi nak sewa situ. Tup tup Zati call dapat pulak and terus sewa. Sebab Asrin orang Taiping and Zati kampung Kedah sama dengan pakcik to and his wife?? aiyoh. Heh..ok now dah berjiran dowh. Dulu kalau tak, ada rumah kosong sederet rumah ni, tapi tiba-tiba ada orang dah masuk. Ok la depan belakang lorong rumah...Sederet macam melampau sangat dekatnya ;p

Now, I have a neighbour setaman which is my bestfriend! How cool is that?? and dikala Anas outstation, aku tau lah kat mana nak mengadu kasih ;p takdela selalu Zati, aku faham hidup berlaki bini ;p

ainbubuk

26 January 2010

from Sarawak to Sabah with food

Malam tadi Anas cakap he and the boys wanna go Kenyir jalan-jalan. Jealous mendengarnya lantas bercerita pasal Sarawak and Sabah yang dia tak pernah jejak lagi. Yes! cerita punya cerita tiba-tiba rasa kecur lidah terbayang makanan-makanan kat sana. 7 days in Sarawak and Sabah seriously buat I bloated and naik berat sebanyak 2 kilo. terima kasih makanan!
Above is at Magenta, Kuching..seriously Magenta tu tempat dia cantik sangat sangat and food dia not bad at all..

Umai (sarawak traditional dish/ulam/kerabu something like that), sayur yang I forgot what's name is, kepah? lupa la..and tengok la raja segala udang tu ;p...all i ate in Sibu, Sarawak

This is laksa Sarawak. I had it in Sibu before fly to Miri..sedapppppppppppppppp

Dekat KK, kita makan Japanese food sebab boring makan local food and kebetulan gi jalan-jalan kat 1Boneo..

Dan seafood diatas of course from Tawau. Highly recommended. Go Tawau and makanlah seafood mereka especially ikan hari-hari sebab MURAH teramat sangat and sedap jangan kata lah..slurrrpppp jilat sepuluh jari...

nak makan sedap lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

25 January 2010

rezeki

Geram dengan blogspot sebab dari Sabtu malam dah draft entry tapi disebabkan nak upload gambar punya slow, semua tergendala sampai naik malas. Slow sebab blogspot memang slow or sebab gambar dari camera mubin besar (even dah resize???!!). malas nak fikir.

Sabtu siang kita pegi Melaka. Attended relative's wedding, ronda-ronda kota Melaka and malam kita Makan Sate. It supposed to be seafood at Melaka but end up Sate in Kajang. Kajang tetap Kajang kan?

Ahad I had English breakfast with Kak Jan. And then me and Anas went to the Curve to watch movie and since Anas craving for karipap Ikea, we bought half dozen back home.

Petang nampak orang jual laksa tepi jalan. Beli. Tak sedap. Laksa manis? Mana boleh!! marah betol la aku ni sebagai pencinta laksa. I know how to make laksa but I don't feel like doing it myself. Nak laksa orang lain buat. And disebabkan rezeki murah, the girls are coming to my house this Friday purposely to buat laksa for me. Ya Allah gembiranya. Rakan-rakan, adakah kamu memiliki sahabat sebegini bagus? Bagus mereka ni kan? Terharu pulak. And tadi dapat khabaran yang I bakal menerima kasut baru. haha kasut baru macam kereta baru! Bila jobless and suri rumah ni, senang betul nak appreciate sesuatu :D

*rezeki **a* kot. ngeh

ainbubuk

23 January 2010

cupcake

Menengok kepada cupcake ni terus teringat-ingat akan kemanisan kesedapan cupcake kak tine dengan kak jan. Dulu diorang selalu buat cupcake. In fact, masa tunang aritu pon kak tine yang buatkan cupcake and owh masa kawin pun dia buatkan cake. Thank you kak tine! baikkk sangat ;p Different bout kak tine's cupcake is the cake tuuu. Usually orang buat cam tang cake tu kureng, frosting je cute miut. Tapi ni dengan cake cake dia sekali best! Kalau kat luar I think cuppacake, sedap. And now Ina, a friend of mine dah start belajar buat cupcake sendiri jugak. I tasted hers masa gi rumah dia aritu. not bad at all! hehe

credit: beachvintage

Kak Tine, Kak Jan jom main-main buat cupcake? :D ngeh


ainbubuk

22 January 2010

cotton candy

Ya Allah tengoklah ni lagi dua benda ciptaan manusia yang indah! hahahahaha...kira macam ni la angan-angan.. slow slow mengumpul Ain esok lusa pasti dia milik kau jua..suwitttt nauuuuuuuuuu sofa and peti ais weyyy...deco rumah..candy nya! biar wall semua white or cream then para perabots berwarna candy. cotton candy uuuuuuu nicey!

credit: absolutelybeautifulthings

* lepas sembahyang nak doa surah yusuf dengan doa yang murahkan rezeki kuat-kuat..

owh AMIN.

ainbubuk

nak makan sedap

Ni meh nak cakap pasal makanan.

Aritu masa gi pre-honeymoon kat Kuantan best sangat hari-hari dapat makan nasi dagang. Dia punya ikan tongkol! masyukkkkkk

Masih terasa-rasa sedap kat lidah ni.

Pastu ikan dia..seafood mak aihhhh murahhh freshhhh

Pastu sata dengan otak-otak ikan pulak! Ya Allah ya Allah ya Allah.....sesungguh indah makanan itu.

Mana nak cari camtu best kat car-junk (kajang haha) dengan kay-ell (KL haha!) ni? argghhh...ikan bakar kat umah Bagan Lalang bersepah..sedap murah..gi gerai Wak Lan.berbaloi-baloi!

NAK MAKAN SEDAP!

ainbubuk

21 January 2010

cantik nyer engkau

I know this is my rental house only. In fact, I got no money to mencantikkan nya lagi. Cuma nanti bila dah ada duit, nak ada rumah sendiri yang boleh direalisasikan segala impian dekorasi dalamannya.eheh. Tapi kiranya sudah berduit, beginilah sedikit sebanyak hiasan dalam kesukaan ku. Simple..nampak muda. suka!

credit: absolutelybeautifulthings

dan ini mixer. dimanakah mampu saya miliki mixer seperti ini! nangisnya menengokkkkkkkkkkkkkkannya
credit: beachvintage

Setakat ini, rumah hanya mempunyai carpet pemberian mak. Turut serta ialah tikar yang turut diberi oleh emak dan angah. kesian. haha. Bersedialah untuk duduk di atas lantai rumah noor ain!

Sesungguhnya belum masa lagi untuk dekorasi. Cuma tv je membanggakan sikit. Belum mampu lagi. Tunggu la sikittttttt je masa nanti. Siap ko umah!

ainbubuk

rachel ray

She is my idol after Oprah. haha..Rachel Ray best. Show dia sangat humble. Plus her recipes yang semuaa simple simple aja. Fast cook and simple dish. I adore her jugak sebab her personality. She is pretty plump, not slim like the rest...kalau lah I can be like her. Suka hati cakap kat depan tv. Cool je tak perlu nak terlalu nice, sweet or goodie goodie. Next of course, my Nigella! Semua perempuan-perempuan cantik yang pandai memasak ni memotivasikan diri I untuk menjadi perempuan berbadan besar yang fun, cool and beautiful! walaupun nan ado............... hahahaha


i heart u rachel! pls come to my house and cook for meeee...................

ainbubuk

20 January 2010

sayang-sayang lah

Semenjak dua menjak menjadi suri rumah diva ni, rajin-rajin la belek segala magz lama-lama.
Baca banyak topik tapi paling banyak topik ialah "sayang..kasih sayang..sayang-menyanyangi...kawan-kawan..family...". Memang motif untuk kita hidup didunia ni kena saling menyayangi kan?

I paling sayang family, sudah pasti. Sapa tak? Ko tempah shortcut gi neraka dowh kalau tak sayang family.

Second sayang Anas Effandy. Dulu takut dengan dia. Dia nak sangat dengan I. I taknak. Dia nak jugak. Then jadi bf gf. Then break. Then jd gf bf balik. Then masuk 3rd year, tunang. Then kawin pada tahun ke 4. Now, he is my husband. Teman tido. Teman makan. Teman gaduh. Teman mengundang. Teman tengok dvd. Teman menangis. Teman memasak. Tak tipu, dia ni ringan tulang kat dapur. Memula pelik jugak sebab my father is someone yang malas nak membantu kat dapur. Dia bajet ketua and boss sangat. haha. Tapi Anas, dialah chef, dialah assistant. Dia mesti nak tolong even basuh sudu. Sayangggggg betullllllllll kat diaaaaaa....embam pon embam lah kan? kita sama..sama embam sama buruk perangai. haha..awak jaga saya baik-baik sudah.

And then haruslah sayang kawan-kawan..tak kisah sekubur atau tidak.

I think they love me too. haha! Bukti..tengok blog Miss J ni hahaha...banyak kisah aku dalam tu dowh. She is my additional big sister. Now I have 3 elder sisters already. Murah rezeki i! hehehe.

and of course, I love them too! nak mention nama ke? tak perlu. korang tau lah...

Thanks everyone. Now dah another stage to go thru...sayang menyayangi lah kita semua.

Macam-macam dah jadi before ni pun, i think itu semua ajar kita jadi besar. Jadi strong. Seriously macam-macam jadi before I got married ni. Pasal kawan-kawan, macam-macam sangat. Sedih. Tapi I can see yang my life now is getting much much much betterC. Biar la bertambah baik, kekal..dugaan? pasti ada. get ready ain anas. Perasaan? complete? Gitu la kot..sikit2 alhamdulillah.

Lupa nak simpan niat untuk tahun ni : Not to remember all the past..be it sad or bad things...what past is past..kena jalan terusssssssssssssssss..............byebye sad story!

*emotional ek entry ni? memang dowh. just to let you know..something brought me tears tonight..not a sad one =)

ainbubuk

adnan sempit

Why I didn't blog for the past few days? Ask TMNET STREAMYX again!! nuff said

Hello all, nak bagitau ni. I am currently selling few collections of semi-french lace kain from Jakarta. Ada macam-macam kaler. Email me if you're interested. For the moment, gambar belum ada sebab my camera gambar tak cantik so nak tunggu camera mubin (my nephew) hehe. 1 dah terjual. tinggal beberapa sajer lagi. ekekeke....semua jual 1 panel tau..which is 2 1/4 metre.

Ok back to reality..Nak citer pasal Adnan Sempit. hahahahah. Yes I watched it last Sunday with sisters and newphews. Naik terkeluar jaw and segala benda alah dalam perut ni gelak. It was indeed a very funny malay movie la. Aku pun pelik aku sanggup tengok. Semata-mata sebab rasakan from dia punya iklan macam kelakar gila. For the sake of nak gelak-gelak samai bodoh, kita pergi tengok and sumpah berbaloi hahaha.

Bukti best, Sada called me last Monday untuk menyatakan tentang hal yang sama haha! Sarah pon! aiyo....best kan? Sada siap nak gi tengok lagi malam ni dengan kawan dia..

Adoi...Adnan Sempit Adnan Sempit....funny la ko ni...

ainbubuk

15 January 2010

kematian

Baru balik dari pergi Pejabat Agama Salak untuk amik sijil nikah. Alhamdulillah. Tiada siapa boleh tangkap kami ;p

And tadi masa buang sampah, ternampak sesuatu! kematian!!!! ada anak kucing mati dalam longkanggggggggggggggggggggggggggggg argghhh!!! scaryy!!! sudahlah dengan kucing pun penakut. Inikan pula kucing mati?!! tidakkkkkkkkkkkkkkkk

Dengan cemasnya bagitau Anas and dia dengan tenangnya cakap "takpe nanti saya buang...". Woi kucing mati dol! boleh nak tenang-tenang? Aku tak paham. Ni duk seriau nak keluar umah. Anas belum pulang. Tadi sempat la lepas hantar Anas balik ofis dia, gi lepak dengan Zati. Tup-tup kucing mati. Menjerit-jerit melompat-lompat aku dibuatnya. Kejiranan sure cam pelik. Pehal la orang baru pindah rumah tu. Kecoh dari hari pertama!

Untuk pengetahuan, jiran rumah sebelah kanan ni memiliki berbelas ekor kucing kat rumah dia. Bau kucing? tak hingat! Memula masuk rasa macam nak mengamuk pun ada sebab busuk. Namun kami berjaya menjadikan kawasan tempat tinggal wangi semula. Bersih, tidak ada najis berciciran. Kucing berjaya dihalau untuk memasuki kawasan rumah (walaupun biasanya banyak yang masih berdegil)..Tapi boleh la tahan duduk sini..sebab tuan rumah sebelah ni nampaknya segan dengan kucing-kucing nya yang tak sekolah tu. Berak kencing merata. Tunggu la kalau melarat keadaannya, akan ku buat aduan :D peace

ainbubuk

hendak

Bole tak mengidam benda ni? walaupun I tak pregnant pun sekarang ni. Jangan nak jadi betina tu eh teka-teka. Ok, serious nak charm Thomas Sabo. Orang cakap usaha tangga kejayaan. Bukti...bag gucci aritu. haha riak..ok ok back to idaman...dapat la benda ni cepatttt....mana tahu birthday march ni..wow!

ainbubuk

sedikit

Sedikit cerita sepanjang minggu..

Last Tuesday I went to SSM with Chot. Finally...insyaAllah kalau ada rezeki melimpah-li mpah lah ruah nanti. Cita-cita kami sedari zaman sekolah hehehehe. Walaupun dedua agak mudah bertekak kerana sifat jelik masing-masing tapi nak bertahan tu agak steady jugak. Biasanya orang cakap camni la, yang gaduh-gaduh tu la yang akan kekal lama. Yang terlalu baik tu kalau tiba-tiba buat hal sikit semua hancur nanti. Entah. Orang cakap.

Rabu..keluar dengan Along ke sana ke mari dia nak uruskan hal dia. Sempat balik umah Bagan kejap. hehe. And sempat jugak gi rumah Tok Kadi aritu and tanya camner nak buat kad kawin. Ok yer..dah sebulan kawin tapi sijil kawin tak ambik lagi. haha. Nak pegi la arini lepas Jumaat, Anas kata. Patutnya semalam. Tapi sebab nak tunggu orang betulkan telefon and internet, langsung semua terbantut!

Weekend ni nak celebrate anniversary Mak & Abah. Harini mereka punya anniversary sebenarnya. Anas macam takde weekend ni. Dia kena pegi Kedah. Bosan dowh. Benci la.

Next week? Since tak jadi kerja ni maybe kena teman Adik gi interview. Aku jugak yang tak dapat interview lagi. bluweks

(entry loya khas buat Sazul) Owh malam tadi, Anas masak..bukan la 1st time dia masak sepanjang baru kawin ni. Tapi malam tadi sebab sesi memujuk. Coz I was sooooo down and moody yesterday. Ahh lantak la kan sekali sekala nak buat perangai. Padahal selalu ;p thumbs up to Anas's baby sawi and black pepper beef and potatoes..chinese style...sedap awak nanti boleh masak lagi. Saya malas dah hari-hari masak. haha

ainbubuk