Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

15 May 2009

Pasir & Laut

Some good pictures of Pangkor Trip to be shared...kih3



Ok selesai sudah gambar Pangkor..ada banyak lagi tapi tak perlu la aku tempek 100 lebih keping gambar kt blog ni kan...apa2 pon saya mau pegi Pangkor dan pulau2 lain lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
ainbubuk

11 May 2009

Makin lama makin mengundang

Friday buat apa eh? I forgot..ermm wait let me recall kejap..Friday rasanya tak kemana-mana kot. Pegi umah Angah lepak-lepak jer. Sabtu Ahad yang busy sesangat nyer ya rabbi tu ha.Went to Jln TAR to do some kain shopping. Sabtu malam celebrate Mother's Day eve ;p..Alah kat western restaurant nearby umah tu, Paradise..niceeeeee

It was Jakel and Euro Moda's day for me, big & lil sisters, mum and Anas. Gila tiring sampai Anas tak larat nak follow kitorang berjalan ;p Anas was so amazed with songket ribu raban yang almost RM10K tu. keh3 Nasib baik on Sunday me, Chot and Zati finally met the songket ribu raban with not so ribu raban price (not 10K of course!). Cantekkkkkk sangat-sangat lawaaaa gilaaaaa memang mak jadi Sultan Menteri2 lah dengan songket-songket tu! Pencinta songket macam saya dan Chot memang lah terus rasa esok tu jugak nak kawin dah..heh. Ok, before you leave to Abu Dhabi we go the kakak's house and buat tempahan ok? Duit tu tolong sediakan sesiap ;p

Ahad tu like I mentioned earlier, me, Chot, Zati and Asrin went to Jakel again for Zati's baju pulak. Then gi jumpa kakak songket tu. Before balik we had Chee Meng's chicken rice and memasing pelahap and tambah nasik walaupon kebiasaannya saya makan nasi tak bertambah kt Chee Meng tu sebab lauk pauk dah banyak kan..kebulur gamaknya. Due to tiredness on Saturday, Sunday I tak berdaya nak spend whole day sampai ke lewat malam and Anas pon kebetulan memang dengan Abang dia wat hal lain. Kalau tak jumpa Anas sehari, gelisah nya la sampai semalam mengundang dalam tipon yang membawa kepada pertengkaran hahaha.

Owh well like Salpa mentioned in her blog, semakin dekat nak kawin semakin banyak konflik and benda-benda kecik nak gaduh. Anas usually memang pasal 'tinggi suara'. Memasing dah takleh nak terima if tertinggi suara sikit. Baik yang laki baik yang pompuan. Sama jer! End up gaduh, majuk tanak, angkat tipon, diamkan diri walaupon dah angkat tipon (padahal bukan bisu), muncung panjang sedepa macam boleh ikat dengan reben, ajak makan kedai tu restoran tu sume taknak tapi end up makan jugak (owh ini saya)..and the list goes on...

Hehehe...sayang, saya sayang awak la..cuma saya ni sungguh beremosi yang sensitive lately ni disebabkan awak akan terbang meninggalkan saya selama berbulan-bulan and kita jumpa balik masa nak dekat-dekat kawin je ujung thn nanti..ermmm...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ..hahaha.. shut up noor ainnnnnnnnnnnnnnnnnn ;p

Sudahlah

On Mother's day celebration..ni bapakkk..mother nyer manaaa??

Ni dia ibuku and 'makwe' yang ujung tu...yang tshirt bukan kategori mak-mak

Shopping dayyy

At Pandan's Chee Meng


ainbubuk

27 April 2009

Laporan hari minggu

Had girls night out last Friday. Me, Kak Jan, Salpaninot, Sada, Lyana and Cajuya yang hadir. I think our table won the loudest & noisiest laugh in Q-Bistro (if there's such award!).Dah pasti ketawa si Sada yang paling hingar bingar tu..tarik gelak tu sampai urat tekak hampir putus. Tergugat akak-akak makcik-makcik poco-poco gang tu. Gila kau caras kehebatan mereka. Apa-apa pun Sarah gagal menghadirkan diri dek kerna kereta Syam breakdown. entah.
Laporan lanjut, dalam entry berlainan sebab gambar masih belum dihantar pemilik kamera-kamera canggih dan baru si Sada & Salpaninot.
Sabtu kembali, saya bangun pagi gegas-gegas ke BTP (bandar tasik permaisuri lah) untuk ambil sijil kursus kawin. Anas bengang sebab I was late (ala sorry la). Then, saya pula yang bengang sebab kena naik atas building tu amik sijil kursus tu ummpphh! (tak berjaya ngelat suh anas naik ambik). Tghari balik umah Bagan. Best jugak, dalam melepak-lepak kat umah semalam, dapatlah dalam 40 keping thank you tag. Cantik ke tak entah la. testing testing jer. Tapi boleyy la...

Sudahlah. Nak buat benda lain. Nanti sambung lagi. Bila rasa bosan bekerja.

ainbubuk

21 April 2009

Burger dan Pangkor?

Wassap!

Gila banyak nak di update. Dari makan burger 'kampung' (burger Ramly tepi jalan tu la..) sampai citer gi Pangkor. Ok jom la mulakan dengan ucapan salam kepada semua rerakan yang sudi membaca and menjadi pembaca tegar blog ni.

Alkisah cerita burger kampung bermula dengan Kak Jan yang sibok benar dengan terliurnya bace satu blog ni bernama FriedChillies.com. Lepas tu tiap balik keje dia mesti nak jugak mention bagaiman terliurnya and teringinnya dia nak pekena sekali burger kampung (Kak jan panggil burger Ramly) sebab duk asyik terbayang dalam FriedChillies tu. So Jumaat tiba dan kami terus mencarik stall burger kat Serdang. Melayan Kak Jan. Aku redah je..Teringat pulak stall burger jenama Santak sebab Anas cakap dia favourite sangat tempat tu. So pegi la. Dah jumpa, order la ape lagi. Chicken Special Cheese for me dan Daging Double Special untuk Si Nurjahan. Dah siap makan la dengan pelahap. Dalam kereta tak sempat buat apa-apa burger tu dah arwah dimakan kami berdua. Kenyang. Alhamdulillah..burrrppp.......dedua happy balik rumah hati gembira...(Harap Kak Jan berpuas hati walaupun Santak burger tak menang apa-apa anugerah stall burger tercantik, burger tersedap mahupun abang buat burger terhensem..)

Kisah Pangkor pulak camni..Along and kawan-kawan ofis dia nak outing gi Pangkor, bukan la family day pon cuma berapa kerat bebudak ofis dia je. So dia ajak la adik-adik dia ni ha.. tak sangka mak nak follow sekali ;p Abah pun memula nak ikut tiba-tiba malas pulak. Ceh.. Ok la macam mane sekalipun noor ain, noor afra and noor aqidah pasti ikut. Yelah percutian percuma sape taknak. Betul. Sape tak nak....Seronok sangat main la segala jenis permainan laut, snorkeling ape kejadah semua and seakan-akan lupa Isnin bekerja. Hati mula berat nak kerja tapi fikirkan ada kerja kena settle lantas amik half day leave pagi and pegi keje petang jer separuh hari. Cerita Pangkor kena besertakan gambar baru feel. So takat ni je la. Nanti gambar dah upload baru buat entry lain lagi. Nak layan burger jap (tengah minggu makan burger ni)



ainbubuk

20 April 2009

Pangkor!

Ho yeh!! baru pulang dari Pangkor tapi belum sempat nak update. tunggu ye! keh3
ainbubuk

27 March 2009

My 1st birthday present for this year!

THANK YOU KAK JAN!!! I LOVE YOU MORE AND MORE AND MORE!!
Haha ayat pembuka tu tak tahan. Bukan tujuan membodek tau tapi untuk menunjukkan rasa sungguh berterima kasih dan terharu kepada sang pemberi hadiah (semoga panjang umur u so leh i dapat advance birthday present lagi haha)
Yesterday went to Midvalley with Kak Jan. Jalan tak jam pon nak ke sana after work. She wanted to buy bday present for her colleague yang harijadinya sama tarikh birthday I. Tiba-tiba saya pon dapat lah juga! ha ha. Cita-cita yang disampaikan kat Kak Jan for this year's present is purse. Siap dah hint kat kedai mana, bentuk apa etc..tapi bila dia tunjuk kasut ni, terus cinta! Langsung tak pedulik benda lain and dan2 cakap "I tak heran sangat clutch, wrist bag, handbag sume ni I dah banyak dah lagipon..." dan2 noor ain!!
Ok lah jangan citer banyak. Kasi tunjuk sama itu kasut juga....

Dan pastilah wajah kegembiraan sang birthday girl untuk hari esok..sesungguhnya kasut memang 'makanan' ku..hahaha..and harijadi tahun ini sudah jadi sangat indah dengan kehadiran kasut ini..semoga esok lebih indah..ermmm apa lagi yer...ha ha ha..(harap kata-kata dapat difahami pembaca seperti Miss Sazulya Zulkifli, Nur Yashma Yasin, Farah Hamizah Rasol dan Sharifah Nor Izzati (nama penuh sume ni!)..sekian..


ainbubuk

26 March 2009

Cerita bendang

Malas sebenarnya nak citer pasal gi Kedah aritu sebab banyak sangat cerita and banyak sangat gambar best. Nak upload kat sini pon cam ala-ala malas gitu. FB lagi lah, ditambah dengan kelembapan dia lagi lah meluat nak upload..

Ni gambar-gambar masa gi Kedah aritu, kitorang disediakan rumah kat tengah-tengah bendang. Memula dah book hotel tapi diorang tak kasi. Rumah tu memang dikosongkan untuk kitorang. 1st time duk tengah bendang and 1st time kena serang dengan nyamuk (punya banyak!) sampai takleh tido malam! (bukan nak cakap la, tapi nak cakap jugak..saya orang bandar sebab tu mengada sket haha). Tapi view memang best, angin dia jangan cakap la..mak abah bangun awal-awal pagi semata-mata nak suh mubin amik gambar diorang tepi bendang haha..no wonder aku suka bergambar kemana tumpahnye kuah kalau tak ke???haha

Masa pegi tu sempat la singgah menjalankan tanggungjawab wajib sebagai pembazir iaitu dengan berbelanja gi Padang Besar. heh. Pastinya mak and Along yang paling sibok berbelanja. Kami ikut sajer....takde la sampai teruja...










Ada baaaanyakkk lg gambar tapi malas lah eh..hehe..and arrangement gambar-gambar kat atas ni pon tunggang terbalik..tengok je la..asal x pening heh
ainbubuk

25 March 2009

Jumpa lagi

Semalam untuk ke sekian kalinya after work saya pergi berjumpa Nathasha itu. hehe. But yesterday with Anas. He was on leave yesterday and decided to send and fetch me from work. So kita pergi jumpa Chot semalam amik measurement and finalized on some stuff. Lepas tu macam biasa la, dah berapa hari ni kalau jumpa Chot mesti kena tutup kedai sekali! And sebagai balasan dia kena belanja kami berdua! wee!~ haha..We had bubur again and again dan ianya takkan pernah membosankan ;p (especially kerabu seafood tu kan? heh).
Owh saya ada berita gembira tentang Anas, apa-apa pon kalau awak pergi ke tak jadi pergi ke (lagi bagus! haha) asalkan ianya tak menggangu proses kita nak membina keluarga ni (aiceh!) saya takde masalah at all! Serius!hehehehe (bunyik dia sungguh macam pemusnah masa depan orang haha)
*mood sekarang agak happy tapi bersedia dengan sebarang kemungkinan..ermm ermm ermm..(ahh persetankan) ;p
ainbubuk

24 March 2009

Balloon day!

Ok let's bercerita sambil bergambar...
Memula ni dari dalam kereta..nampak sipi-sipi jauh..dah glabah dah time ni kekonon belon sume dah terbang jauh...
Tapi tidak...dia baru nak naik la..yeayy! Nampak Pink Elly!
Owh peacock too! niceeee..tapi jauh la..time ni tengah berjalan menuju ke tempat perkumpulan mereka ;p
Yeay dah sampai...tu nampak Zati tu..Asrin depan sekali..dia leh lupa tunang dia untuk belon? kesian Zati kena tinggal belakang ;p


Owh well well well ;p



Iman pon ade!



Ok clown ni dah naik..ni from Malaysia katenyer..entah tau2 je dgr dia sebut 'Malaysia' hehe


With Zati and Ali (Ali sungguh memeningkan mase tu haha)

"Asal lambat bonar nak naik nyer belon last ni??"

Aaaa finally...ye ye je abang tu melambai..feeling famous ;p



Haaaa idiot pose!!! sia2 je aku baring miang-miang atas rumput..sudahlah x hijau..shot cam hampeh! Ali penipu!

Ok mari rehat tenangkan fikiran makan donut..(tak tenang pon Ali tak sudah-sudah buat jenaka kurang bijak dia tu..setiap masa..hahaha)


ainbubuk

23 March 2009

Busy me!

Saya mula berasa busy seperti bees..Saturday was filled with work. This time around is roadshow in Summit Hotel, Subang. I will go for roadshow again on 6th-9th of April. That'll be in Kelantan, Kuantan then Terengganu. Then middle of April got training in Kuching. End of the month pulak in Alor Setar! My owh my! Di saat-saat saya perlukan Anas before 15th April ni, time ni lah pulak nak busynyer..What ever..stop merungut bout work Noor Ain! It will not end! -_-
Last Saturday I did nothing selain gi roadshow. Balik umah, tido rehat-rehat kan badan then malam tu thought of going out to see Anas tapi teringin nak tengok AF haha so lepak at home with Along sajer. On Sunday pulak seperti yang sudah dirancang with Zati, I went to the photographer's studio. It was a very nice studio. So far I love their work and some portfolio I saw in their studio. Akhirnya habis satu kekusutan bout photographer and all. Pretty puas hati.
Next after photographer, we picked up Ali in PJ and then headed to TTDI. Gamaknye nak makan sedap seperti diangan-angankan dengan Zati tapi pening kepala cari tempat sebab tempat makan yang dicita-citakan sumenyer TUTUP! owh memang AHAD lah..aihhh..akhirnya kita makan sedap jugak kan? Kita makan chinese food in TTDI. We had buttered prawns, beancurd, mix vege and fish fillet. Niceeee one..
And finally, we shoot to Putrajaya to see the hot air balloons!!!! It was so fun there..me and Zati dah macam hape je dalam kereta dah terkinja-kinja akibat teruja sangat nampak balloons tu sume. Memula cam hampa sebab konon-konon dah lambat and macam balloon dah terbang sekali....hebat! hahahaha..ramai sangat orang kan. Lama tak pegi tempat ramai orang camtu..orang main layang-layang, makan ice cream..kitorang siap golek2 kat padang yang rumputnya tak menghijau tu! hahahahaha (Ali kau keji! and Zati kita kelihatan agak bodo pada masa itu ok!) hahaha. Ok lah yawning thousand times sudah..I shall upload the pictures here later. Nak night night night sleep sleep sleep...
*Hari ni balik keje gi jumpa Chot lagi..this time dapat jumpa En. Sali and I am happy dapat banyak benda best! haha thanks En. Sali! ;p
ainbubuk

29 January 2009

Been tagged again!

Been tagged by Farah..again and again

RULES: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results (Gambar dekat first page jer tau..jgn ngelat2 amik page 2,3,4....), and post it as your answer. After that tag 6 people.

I'm...Engaged and getting married in 10 months ;p

I really want to go to...Mauritius Island

My favorite place...Beach
My favorite thing...Bag and shoes! its a gal thang y'all! ;p
My favorite drink...Guava juice
My favorite food...Nasi Ayam (Chee Meng the best ;p)
My favorite colour...Pastel colours
I live in...Kajang! Sate Kajang weyh! (gmbr terbaik utk menunjukkan KAJANG itself ;p)
I was born in...Malacca
My school/college...SK Convent IJC Malacca,SK Tengku Bariah Kuala Tganu, SK Sg.Kantan and SMK SAAS Kajang, KLIUC and UPM Serdang.
My favorite story...Windstruck
My hobby...Watching TV!
I wish...I am forever rich, young and pretty! yes yes yes! hahahaha ;)


Ok lets tag these ppl! :

1.Yash

2. Nyet Sazul

3. Kak Jan

4. Zati

5. Mrs Slattery

6. Kee Fong

Have fun! ;p

ainbubuk