Showing posts with label bestfriend. Show all posts
Showing posts with label bestfriend. Show all posts

10 June 2009

Chawan bersama kawan

"Aku dah dalam Chawan"
"Hah camner ko dalam cawan???"
Itulah soalan bijak si Cajul masa tanya dimana kami berada pada malam ittiew. Hampeh. Dah tahu nak lepak kat Chawan yang kat Bangsar nun, lagi mau tanya soalan tu la bila aku cakap aku dalam Chawan? kau pun leh imagine camner ketatnya aku nak masuk cawan kan???!! Sengal hahahahaha

2 malam lepas kami iaitu I, Farah and Cajuya gi farewell lepak kat bangsar konon nak farewell Farah yang akan balik ke Aussie balik lusa ni. Aritu dah jumpa masa dia baru sampai tu, pastu ni jumpa lagi. Saja gedik nak suh aku asyik berjimba, makan makan makan kan? haha so, since farah cakap dia seldom lepak bangsar and dia inginkan makanan berkonsepkan melayu maka I suggest Chawan je la. If nak gi Basil kang dah Thai pulak macam kita makan kat Kg. Baru last week. Baru je makan tomyam takkan tomyam lagi?
Ahh ok..I pulang umah dulu sebab nak jumpa Mak yang ada kat Kajang (gara-gara trip outstation cum vacation to JB dah cancel!) hehe..Ok pastu mandi-mandi gi kuar balik and berjumpalah dengan si Farah and Cajul itu..Balik kul 10 sebab cajul dah ngantuk mata nak katup. Dia kan sebelum jumpa kitorang, gi melawat future MIL!..4 days straight katenyer bersama future MIL..perghh..I tak sempat singgah kedai-kedai baju and kasut tau! takpe takpe nanti ajak si Nurjahan sebab dia cakap dia nak cari baju baru aritu..heee


Mak buyung always the hungry one u know...dia makan abc dulu...cian..haus baby ko tu yer..

Sesi kepoci tengok album kawin si Farah...

Ni I punya....niceeeeeeeeeee tapi tak habis..besor nau ubi dia kau....

Ni memasing perangai huduh..sorang buat cubaan kempis idung, sorang goldfish, mak buyung beraksi kurik idung, and lepas cajul bergambar feeling diva tu, batu-batu tu sume runtuh menghimpap dia..kesian..

Yeay 3 orang.........

Yeay gambar dengan mak buyungggggggggggggg

ok sudah2 balik! take care Farah, sila balik semasa aku kawin dec nanti...sila jaga anak dengan baik jgn buli dia...
ainbubuk

08 June 2009

2 birthday boys

Last week, kitorang party party masa birthday Peyosh kat Italiannies, The Gardens. Ramai orang ada. Ada Kak Jan, Chot, Peyosh's cousins (Kak Eja, Wawa and Didi), Peyosh's friends and of course his girl, Liz. Idea asal memang daripada kakak terchenta nya si Nurjahan. Beria-ia ni plan sampai panic attacked segala vagai. But luckily the party turned out fabulously! Tho ade la kekurengan sana sini dengan surprise tak jadinya la hape..Ermm..apa-apa pon, best gila makan!!! Seperti biasa, memang CINTA sama Italiannies..and The Gardens punya ni, tempat dia sangat cantik and all the abang-abang Italiannies (termasuk chef bangla sume tu) friendlyyyy jer..very nais heh..Ok lah pls go to Nurjahan's for more story and piccas!

Ok next, birthday my nephew si Mubin. Birthday dia semalam, memula tak plan pon nak makan-makan lagi since kitorang plan nak buat sekali for my other nephews si Ezief and Hakim tapi since semalam dia cakap nak mintak Mama dia belikan sandal baru, kitorang mengekor je la gi Mines...Last minute, his Mama which is my Along cakap nak makan, then me and Adik decided to buy Big Apple's doughnut and candle nak tiup-tiup..So celebrate je la walaupon tak cukup ahli iaitu Mak, Abah, Abg Nadza and Apah..Anas??-of course la dia takde kat sini kannn...Very the sensitive sebut nama mamat ni lah! haha

They all dengan kakak (ok la ok la makcik they all!)...

Camni la kalau dah sorang nyer birthday, sume nak tiup candle..memang slalu camni...kemaruk candle...

Saaayanngggg Mama....anak mak sama je besor...

and finally...Along and Abg Zali (the 'funder' for all makan-makan! yeahhh) muahaha

ainbubuk

29 May 2009

Bersama kawan-kawan

Entry sepatutnya dah lamaaaaa tapi entah knape baru nak post arini. Coz I just uploaded the picture from my handphone kot..heh

Ni masa kita pergi amik measurement kat Chot right after abis kursus kawin 2 months ago..we met Zati & Asrin at Ampang Park too (dia menyibok tak abih2 dgn deco dia tu ;p). Lepas settle sume benda ngok ngek ngok ngek..then kita sume pegi dinner kat Wong Solo..ayam penyet la ape lagi kan...pencinta ayam penyet btol..especially Sharifah Nor Izzati tu ;p kih3..tp dia slalu order pecel lele...sedap gak..maybe dia takut gemuk so makan ikan instead of ayam! haha..bluwekk

Bestfriend + my fashion designer + kawan sehidup semati sekubur se-asyik-gaduh-setiap-hari hahahha

Auuuwww ;p

Kita semua

ainbubuk

12 May 2009

Faces of Nurjahan

Faces of Nurjahan! hahaha. remember the doughnut day I mentioned in earlier entry last week? Still waiting for more piccies but I found this in my camera and I think Kak Jan looked so cute sebab keep on making funny faces..memula cam rilek pastu makin lama makin whacky! haha..ampon and if u tak suka pic u ni pon i pedulik ape nak taruk gak kt sini! wuahaha

Inilah kakak ku...haih laaa nurjahan..haha

ainbubuk

11 May 2009

Makin lama makin mengundang

Friday buat apa eh? I forgot..ermm wait let me recall kejap..Friday rasanya tak kemana-mana kot. Pegi umah Angah lepak-lepak jer. Sabtu Ahad yang busy sesangat nyer ya rabbi tu ha.Went to Jln TAR to do some kain shopping. Sabtu malam celebrate Mother's Day eve ;p..Alah kat western restaurant nearby umah tu, Paradise..niceeeeee

It was Jakel and Euro Moda's day for me, big & lil sisters, mum and Anas. Gila tiring sampai Anas tak larat nak follow kitorang berjalan ;p Anas was so amazed with songket ribu raban yang almost RM10K tu. keh3 Nasib baik on Sunday me, Chot and Zati finally met the songket ribu raban with not so ribu raban price (not 10K of course!). Cantekkkkkk sangat-sangat lawaaaa gilaaaaa memang mak jadi Sultan Menteri2 lah dengan songket-songket tu! Pencinta songket macam saya dan Chot memang lah terus rasa esok tu jugak nak kawin dah..heh. Ok, before you leave to Abu Dhabi we go the kakak's house and buat tempahan ok? Duit tu tolong sediakan sesiap ;p

Ahad tu like I mentioned earlier, me, Chot, Zati and Asrin went to Jakel again for Zati's baju pulak. Then gi jumpa kakak songket tu. Before balik we had Chee Meng's chicken rice and memasing pelahap and tambah nasik walaupon kebiasaannya saya makan nasi tak bertambah kt Chee Meng tu sebab lauk pauk dah banyak kan..kebulur gamaknya. Due to tiredness on Saturday, Sunday I tak berdaya nak spend whole day sampai ke lewat malam and Anas pon kebetulan memang dengan Abang dia wat hal lain. Kalau tak jumpa Anas sehari, gelisah nya la sampai semalam mengundang dalam tipon yang membawa kepada pertengkaran hahaha.

Owh well like Salpa mentioned in her blog, semakin dekat nak kawin semakin banyak konflik and benda-benda kecik nak gaduh. Anas usually memang pasal 'tinggi suara'. Memasing dah takleh nak terima if tertinggi suara sikit. Baik yang laki baik yang pompuan. Sama jer! End up gaduh, majuk tanak, angkat tipon, diamkan diri walaupon dah angkat tipon (padahal bukan bisu), muncung panjang sedepa macam boleh ikat dengan reben, ajak makan kedai tu restoran tu sume taknak tapi end up makan jugak (owh ini saya)..and the list goes on...

Hehehe...sayang, saya sayang awak la..cuma saya ni sungguh beremosi yang sensitive lately ni disebabkan awak akan terbang meninggalkan saya selama berbulan-bulan and kita jumpa balik masa nak dekat-dekat kawin je ujung thn nanti..ermmm...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ..hahaha.. shut up noor ainnnnnnnnnnnnnnnnnn ;p

Sudahlah

On Mother's day celebration..ni bapakkk..mother nyer manaaa??

Ni dia ibuku and 'makwe' yang ujung tu...yang tshirt bukan kategori mak-mak

Shopping dayyy

At Pandan's Chee Meng


ainbubuk

06 May 2009

Darling u so pretty!

Just to share some pictures during Cajuya's engagement last Saturday. She looked so pretty! I loike it so much! I love the hair (so classique), I love the make up and also the eyes (so asap one! haha)..I wish you panjang umur, panjang jodoh with itu Kapt. Adi haaa....kuatkan lah semangat mu coz you're now in a very challenging stage! (owh saya sedang menghadapinya)..I love u!

Getting ready....
'Peace' rasanya tak perlu semasa rupa paras dah cantek dimekap..

Eh kenapa kau tak senyum gembira macam aku ha? ko tak suka aku eh?

These 2 girls were there too...
*more pics from Sada's!
ainbubuk

29 April 2009

Pesanan ku

Minggu yang kurang letih berbanding last week. Seriously banyak lagi keje pending ni tapi sebab nak tunggu other party nyer progress menyebabkan keje pending. But not as hectic as last week. Serious. Cuma gembira lagi sikit sebab this week keje 4 days sahaja dan Jumaat kembali berjimba bersama keluarga!
Ok ok before I go melalut so long, I better start mukadimah tujuan entry ni. hiks..lain tak bukan adalah untuk menceritakan betapa gembira and teruja hati menanti hari sabtu iaitu hari pertunangan sahabat baikku CAJUYA! (ok nama sebenar ialah Sazulya, jangan tertipu). She told me once yang she tak sure when she will get married or bertunang..kadang-kadang dia suka negative bout her nasib. Suke cakap benda-benda yang kononnya macam tak akan berlaku. Dia memang mengundang sket. Haha. But despite all the negative thoughts dia sebenarnya menyimpan impian yang sangat tinggi untuk settle down, at least bertunang la this year. Sapa sangka dalam delay, delay, isu sana isu sini, dia akhirnya bakal bertunang Sabtu ini bersamaan 2 May 2009 dengan jejaka pilihan..Abang Solja. hiks.
I'm so happy for you nyet!!! jangan bimbang semuanya akan baik-baik aja majlis mu nanti. Ingat, bagitau mak andam mekap bedak tu jangan putih sangat nanti apa???? heeeeeeee and jangan nervous sampai overacting buat perangai atas pelamin kechil itu nanti.hokhok. Apa-apa pun sila inform jika saya diperlukan malam sebelum majlis nanti. heh. Mana tahu ada kerja yang boleh ditolong (make sure kerja yang tak merosakkan jari tau!)

*actually title memang takde kena mengena

ainbubuk

27 April 2009

Laporan hari minggu

Had girls night out last Friday. Me, Kak Jan, Salpaninot, Sada, Lyana and Cajuya yang hadir. I think our table won the loudest & noisiest laugh in Q-Bistro (if there's such award!).Dah pasti ketawa si Sada yang paling hingar bingar tu..tarik gelak tu sampai urat tekak hampir putus. Tergugat akak-akak makcik-makcik poco-poco gang tu. Gila kau caras kehebatan mereka. Apa-apa pun Sarah gagal menghadirkan diri dek kerna kereta Syam breakdown. entah.
Laporan lanjut, dalam entry berlainan sebab gambar masih belum dihantar pemilik kamera-kamera canggih dan baru si Sada & Salpaninot.
Sabtu kembali, saya bangun pagi gegas-gegas ke BTP (bandar tasik permaisuri lah) untuk ambil sijil kursus kawin. Anas bengang sebab I was late (ala sorry la). Then, saya pula yang bengang sebab kena naik atas building tu amik sijil kursus tu ummpphh! (tak berjaya ngelat suh anas naik ambik). Tghari balik umah Bagan. Best jugak, dalam melepak-lepak kat umah semalam, dapatlah dalam 40 keping thank you tag. Cantik ke tak entah la. testing testing jer. Tapi boleyy la...

Sudahlah. Nak buat benda lain. Nanti sambung lagi. Bila rasa bosan bekerja.

ainbubuk

13 April 2009

California with Cajuya!

Haritu iaitu hari Khamis minggu lepas untuk ke sekian kalinya saya telah dibelanja sempena harijadi saya 28 march lepas (tak sudah2!)..Kali ini oleh Sazulya anak pak Zulkifli ;p Kita feeling sangat nak makan kat Delicious...malangnya ianya ditutup atas sebab renovation..sedih...
Hati hampa kecewa lebih-lebih lagi Sazulya sebab dia gigih men'google' map lokasi restoran berkenaan yang di Jln Tun Razak itu ;p (mekasih atas kegigihan) So setelah hampa, kita decide makan kat California je (walaupun 'California' tu takdelah jauh mane kan)..Alahh California Pizza je ponn..kih3..nak harap gi California bebetul tunggu la nanti jual bonts (pepahamla sendiri haha)
Akibat lapar kebulur segala makan di order mengikut nafsu serakah. Hasilnya kami bloated. Dan yang pasti Sazulya lebih tertarik dengan makanan abang yang duduk kat smoking area nyer table..sebab pastanya kelihatan menarik amat (makanan sendiri yang appetizer tu ko takleh nak abiskan..udang je sume ko kaut!)

Sazul : Nak pasta abang tu!! tunggu pasta tunggu pasni aku dtg aku makan kau!

Kami!!

Ribuan terima kasih untuk sang pembayar..jasamu sungguh ku kenang..selamat ulang tahun sekali lagi noor ain dan semoga Allah panjangkan umur Sazulya dan...panjangkan rezeki..dan..belanja lagi......

*gambar makanan akan diupload kemudian yer.....
ainbubuk

02 April 2009

Salpa got married!

On 28th March lepas bukan saja my birthday and my 3rd anniversary with Anas tapi kitorang share jugak dengan wedding one of my bestfriend, Salfarina yang kitorang panggil Sapla or Ninot hehe. Kahwin dah Salpa..dulu lepas 1 to another..kekal jugak sekarang dia dengan someone yang dia dah panggil husband pun sekarang..It was a happy moment with her and my closest friends since college. Time camnilah nak gather jumpa sume orang. Excited and memasing berbaju ala-ala sama purple pink seperti yang disuruh oleh si pengantin. Salpa bersanding on Sunday tu and time tu lah dapat tengok betapa meletop nya dia dimekap (memang kesukaan dia!) And kitorang yang lain-lain ni pon ape lagas, amik gambo tanpa henti..owh dalam picture ada gambar Kak Jan sebab diorang ni kenal thru emailing emailing ni la..duk forward2 email pastu sampai berkenalan and memasing cam dah fren2 lama gitu haha cute jer...
Ok la baik tengok je la gambar..nanti ade gambar lagi..lompat la ape la..apa2 pon gambar banyak yang best2! x sabar nk upload lagi!











Blog aku dah jadi FB lagi lah ni gara-gara FB lembab cam siput
ainbubuk