Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

08 June 2009

2 birthday boys

Last week, kitorang party party masa birthday Peyosh kat Italiannies, The Gardens. Ramai orang ada. Ada Kak Jan, Chot, Peyosh's cousins (Kak Eja, Wawa and Didi), Peyosh's friends and of course his girl, Liz. Idea asal memang daripada kakak terchenta nya si Nurjahan. Beria-ia ni plan sampai panic attacked segala vagai. But luckily the party turned out fabulously! Tho ade la kekurengan sana sini dengan surprise tak jadinya la hape..Ermm..apa-apa pon, best gila makan!!! Seperti biasa, memang CINTA sama Italiannies..and The Gardens punya ni, tempat dia sangat cantik and all the abang-abang Italiannies (termasuk chef bangla sume tu) friendlyyyy jer..very nais heh..Ok lah pls go to Nurjahan's for more story and piccas!

Ok next, birthday my nephew si Mubin. Birthday dia semalam, memula tak plan pon nak makan-makan lagi since kitorang plan nak buat sekali for my other nephews si Ezief and Hakim tapi since semalam dia cakap nak mintak Mama dia belikan sandal baru, kitorang mengekor je la gi Mines...Last minute, his Mama which is my Along cakap nak makan, then me and Adik decided to buy Big Apple's doughnut and candle nak tiup-tiup..So celebrate je la walaupon tak cukup ahli iaitu Mak, Abah, Abg Nadza and Apah..Anas??-of course la dia takde kat sini kannn...Very the sensitive sebut nama mamat ni lah! haha

They all dengan kakak (ok la ok la makcik they all!)...

Camni la kalau dah sorang nyer birthday, sume nak tiup candle..memang slalu camni...kemaruk candle...

Saaayanngggg Mama....anak mak sama je besor...

and finally...Along and Abg Zali (the 'funder' for all makan-makan! yeahhh) muahaha

ainbubuk

28 May 2009

Happy Birthday Eziff!!!

Today is our family's lil sweetheart, Ezief's 1st birthday!!!

muahhhh muahh muahhhhhh!!!

ainbubuk

26 May 2009

Nasi Ambeng / Berkat

Aaa...entry sume about food ;p hakhak..Bila hati tak seronok tentang sesuatu yang lain, I akan fikir pasal benda lain yang menyeronokkan..which is 'food'..sesuatu yang sangat menggembirakan..tak tahu lah if sapa-sapa rasa 'food' ni tak seronok kan..up to uolls!

Last weekend me and whole family had nasi ambeng for dinner..our kampong called it 'berkat' jer..Alah orang jawa nyer style..not sure bout others but orang kampong kita panggil nasi ambeng ni 'bekat'..konon-konon amik berkat sebab dari kenduri doa selamat tu kan..usually kat kampong kitorang (Sepang) kalau kenduri doa selamat kecik-kecik, lepas doa-doa (usually orang lelaki yang datang kenduri malam tu, yang pompuan bahagian dapur je tolong masak-masak etc)..instead of makan kat umah orang tu, orang-orang laki akan dibagi air minum and lauk pauk nasi sume yang tuan umah taruk dalam dulang tu akan di bahagi-bahagi kan and masing-masing akan bungkus dalam bungkusan daun pisang. Pastu dah settle masing-masing bawak pulang la nasi yang dah dibungkus and di panggil ambeng/berkat tu..

Konsep dia, amik berkat makan sama-sama sebungkus nasik tu..Ada baaanyakk nasi, lauk usually ayam goreng, kerabu kelapa, ikan masing kecik-kecik tu, tempe, mee goreng/mihun goreng (latest dah up sket buat megi goreng hehe)..kalau kuah-kuah tu usually tuan rumah bungkuskan lain utk diorang bawak pulak..and my favourite part is the 'makan' part lah of course! and kebetulan aritu last sabtu tu umah nenek buat kenduri tahlil so dapat la merasa berkat 2 bungkus sebab yang pegi Abah and Abg Nadza..all I can say is NICE!

Ni lah rupa paras nasi ambeng nya...makan ramai-ramai ok..bukan sesorang..mati la..hahah

While waiting for ketua kami, untuk memulakan majlis melantak hahaha

ainbubuk

15 May 2009

Pasir & Laut

Some good pictures of Pangkor Trip to be shared...kih3



Ok selesai sudah gambar Pangkor..ada banyak lagi tapi tak perlu la aku tempek 100 lebih keping gambar kt blog ni kan...apa2 pon saya mau pegi Pangkor dan pulau2 lain lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
ainbubuk

11 May 2009

Makin lama makin mengundang

Friday buat apa eh? I forgot..ermm wait let me recall kejap..Friday rasanya tak kemana-mana kot. Pegi umah Angah lepak-lepak jer. Sabtu Ahad yang busy sesangat nyer ya rabbi tu ha.Went to Jln TAR to do some kain shopping. Sabtu malam celebrate Mother's Day eve ;p..Alah kat western restaurant nearby umah tu, Paradise..niceeeeee

It was Jakel and Euro Moda's day for me, big & lil sisters, mum and Anas. Gila tiring sampai Anas tak larat nak follow kitorang berjalan ;p Anas was so amazed with songket ribu raban yang almost RM10K tu. keh3 Nasib baik on Sunday me, Chot and Zati finally met the songket ribu raban with not so ribu raban price (not 10K of course!). Cantekkkkkk sangat-sangat lawaaaa gilaaaaa memang mak jadi Sultan Menteri2 lah dengan songket-songket tu! Pencinta songket macam saya dan Chot memang lah terus rasa esok tu jugak nak kawin dah..heh. Ok, before you leave to Abu Dhabi we go the kakak's house and buat tempahan ok? Duit tu tolong sediakan sesiap ;p

Ahad tu like I mentioned earlier, me, Chot, Zati and Asrin went to Jakel again for Zati's baju pulak. Then gi jumpa kakak songket tu. Before balik we had Chee Meng's chicken rice and memasing pelahap and tambah nasik walaupon kebiasaannya saya makan nasi tak bertambah kt Chee Meng tu sebab lauk pauk dah banyak kan..kebulur gamaknya. Due to tiredness on Saturday, Sunday I tak berdaya nak spend whole day sampai ke lewat malam and Anas pon kebetulan memang dengan Abang dia wat hal lain. Kalau tak jumpa Anas sehari, gelisah nya la sampai semalam mengundang dalam tipon yang membawa kepada pertengkaran hahaha.

Owh well like Salpa mentioned in her blog, semakin dekat nak kawin semakin banyak konflik and benda-benda kecik nak gaduh. Anas usually memang pasal 'tinggi suara'. Memasing dah takleh nak terima if tertinggi suara sikit. Baik yang laki baik yang pompuan. Sama jer! End up gaduh, majuk tanak, angkat tipon, diamkan diri walaupon dah angkat tipon (padahal bukan bisu), muncung panjang sedepa macam boleh ikat dengan reben, ajak makan kedai tu restoran tu sume taknak tapi end up makan jugak (owh ini saya)..and the list goes on...

Hehehe...sayang, saya sayang awak la..cuma saya ni sungguh beremosi yang sensitive lately ni disebabkan awak akan terbang meninggalkan saya selama berbulan-bulan and kita jumpa balik masa nak dekat-dekat kawin je ujung thn nanti..ermmm...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ..hahaha.. shut up noor ainnnnnnnnnnnnnnnnnn ;p

Sudahlah

On Mother's day celebration..ni bapakkk..mother nyer manaaa??

Ni dia ibuku and 'makwe' yang ujung tu...yang tshirt bukan kategori mak-mak

Shopping dayyy

At Pandan's Chee Meng


ainbubuk

21 April 2009

Burger dan Pangkor?

Wassap!

Gila banyak nak di update. Dari makan burger 'kampung' (burger Ramly tepi jalan tu la..) sampai citer gi Pangkor. Ok jom la mulakan dengan ucapan salam kepada semua rerakan yang sudi membaca and menjadi pembaca tegar blog ni.

Alkisah cerita burger kampung bermula dengan Kak Jan yang sibok benar dengan terliurnya bace satu blog ni bernama FriedChillies.com. Lepas tu tiap balik keje dia mesti nak jugak mention bagaiman terliurnya and teringinnya dia nak pekena sekali burger kampung (Kak jan panggil burger Ramly) sebab duk asyik terbayang dalam FriedChillies tu. So Jumaat tiba dan kami terus mencarik stall burger kat Serdang. Melayan Kak Jan. Aku redah je..Teringat pulak stall burger jenama Santak sebab Anas cakap dia favourite sangat tempat tu. So pegi la. Dah jumpa, order la ape lagi. Chicken Special Cheese for me dan Daging Double Special untuk Si Nurjahan. Dah siap makan la dengan pelahap. Dalam kereta tak sempat buat apa-apa burger tu dah arwah dimakan kami berdua. Kenyang. Alhamdulillah..burrrppp.......dedua happy balik rumah hati gembira...(Harap Kak Jan berpuas hati walaupun Santak burger tak menang apa-apa anugerah stall burger tercantik, burger tersedap mahupun abang buat burger terhensem..)

Kisah Pangkor pulak camni..Along and kawan-kawan ofis dia nak outing gi Pangkor, bukan la family day pon cuma berapa kerat bebudak ofis dia je. So dia ajak la adik-adik dia ni ha.. tak sangka mak nak follow sekali ;p Abah pun memula nak ikut tiba-tiba malas pulak. Ceh.. Ok la macam mane sekalipun noor ain, noor afra and noor aqidah pasti ikut. Yelah percutian percuma sape taknak. Betul. Sape tak nak....Seronok sangat main la segala jenis permainan laut, snorkeling ape kejadah semua and seakan-akan lupa Isnin bekerja. Hati mula berat nak kerja tapi fikirkan ada kerja kena settle lantas amik half day leave pagi and pegi keje petang jer separuh hari. Cerita Pangkor kena besertakan gambar baru feel. So takat ni je la. Nanti gambar dah upload baru buat entry lain lagi. Nak layan burger jap (tengah minggu makan burger ni)



ainbubuk

20 April 2009

Pangkor!

Ho yeh!! baru pulang dari Pangkor tapi belum sempat nak update. tunggu ye! keh3
ainbubuk

26 March 2009

Cerita bendang

Malas sebenarnya nak citer pasal gi Kedah aritu sebab banyak sangat cerita and banyak sangat gambar best. Nak upload kat sini pon cam ala-ala malas gitu. FB lagi lah, ditambah dengan kelembapan dia lagi lah meluat nak upload..

Ni gambar-gambar masa gi Kedah aritu, kitorang disediakan rumah kat tengah-tengah bendang. Memula dah book hotel tapi diorang tak kasi. Rumah tu memang dikosongkan untuk kitorang. 1st time duk tengah bendang and 1st time kena serang dengan nyamuk (punya banyak!) sampai takleh tido malam! (bukan nak cakap la, tapi nak cakap jugak..saya orang bandar sebab tu mengada sket haha). Tapi view memang best, angin dia jangan cakap la..mak abah bangun awal-awal pagi semata-mata nak suh mubin amik gambar diorang tepi bendang haha..no wonder aku suka bergambar kemana tumpahnye kuah kalau tak ke???haha

Masa pegi tu sempat la singgah menjalankan tanggungjawab wajib sebagai pembazir iaitu dengan berbelanja gi Padang Besar. heh. Pastinya mak and Along yang paling sibok berbelanja. Kami ikut sajer....takde la sampai teruja...










Ada baaaanyakkk lg gambar tapi malas lah eh..hehe..and arrangement gambar-gambar kat atas ni pon tunggang terbalik..tengok je la..asal x pening heh
ainbubuk