21 November 2012

Obsesi atau 'craving'? :P

Pernah tak bila tengah duduk diam tiba-tiba tu terbayang macam-macam jenis makanan dalam kotak fikiran tu? berputar-putar macam bintang keliling kepala? Serious pernah. jangan tipu tak pernah eh. haha. So ada la satu hari tu masa tu Anas belum balik from Sabah lagi. Masih isteri yang ditinggalkan time tu. So bila sorang-sorang ni nak teringin macam-macam kena cari sendiri or buat sendiri. Selalu cari sendiri la means beli sudehhh. Tapi time tu nak sesuatu yang rasanya dah tak jual kalau malam. Bubur caca ke cacar ke wut ever the spelling is lah. Yes itu yang duk craving tetiba 1 malam tu. So dengan rajinnya bangun ke dapur memandangkan bahan-bahan semua ada.  Ha nilah jadinya makanan bawah ni, bubur caca versi Ain. sekian. sedap ditekak ku. ditekak kamu, maybe kamu semua tak akan rasa sebab tak akan buat untuk orang sbb tak bersedia untuk dikritik.hahaha.
 Ok gambar atas ni gambar burger bakar dekat dengan rumah. Kebetulan budak perempuan adik mamat yang jual ni kawan my adik si Aqidah. So dorang selalu la bukak stall kat simpang balak tu. Siap boleh delivery eh! Hebat hebat. Yela McD tak masuk area taman kitorang sebab ke dalam sangat katanya.wekkk! So since 1st time makan burger bakar ni, terus rasa nak lagi dan lagi. Scary kan? Fattening yes yes i knowwww. Dah 3 weeks stop makan burger bakar ni. Cheese dia memang berhantu. Boleh buat histeria klau tengah-tengah makan ada orang curi makan cheese and patty burger kita tu. Seriau sangat penangan burger bakar kaw kaw ni. Nanti orang letak gambar leaflet dia eh. Ade tertempek kat fridge rumah tu :D



Ok 3 gambar atas ni nasty sangat. hahaha. Memula kelazatan burger bakar special double beef cheese. maknanya ada 2 beef patty, 1 slice chicken ham, 2 slices of cheese. Scary???nooooo..it's yummeyh!!hahahahaha. (Mesti ramai orang target nak jual slimming product kat aku) lalalalaaa

Darin sampai drowsy terlena hanyutttttttt dek penangan burger bakar kaw kawwwww wa cakap sama luuuuu....harga? klau single RM6.50 kalau double RM8.00. Kalau single cheese RM7.50 Kalau Double tu memang ada cheese tak silap. eh forgot lah. tapi mmg reasonable la. sbb burger biasa sekarang pun dah nak dekat RM4.00 sebiji kan? Lokasi di tepi jalan simpang balak. Dalam kawasan kampung Simpang Balak Kajang tu. heeeee gi la gugel. sebab tadi dah cari macam tak jumpa je :P

So ni lebih daripada obsesi kan bukan craving kan? sigh..bad eats bad eats ;p

ainbubuk

08 November 2012

Foodie Food and more Fooddddddieeeee

Ain, Anas, Ayin (Darin panggil diri sendiri A) dengan food bagai aur dan tebing. So mari food blogging.
 Ni dinner. masak sendiri la kan sebab rajin. tapi ni mudah. sekejap klau dinner masak mcm ni berbanding nasik masik. heh

 Darin's plate. nampak sikit bukan? tapi bertambah 3 kali. hnsshh!

t
 Appetizer :Mentos. sigh

 Ni mum punya! kat Hayaki. Restoran 24jam kat Uptown damansara. 1st time nampak restoran ni.kekeke. terus blasah masuk sbb hujan malas nk makan kat foodcourt tu dgn darin yang ala2 sleepy

 My breakfast at Chawan, Bangsar. While waiting for Sarah utk sampai dengan penuh bergaya. ppfftt

 Cikai wey garlic bread 3 ketui mcm ni. Restoran @grills, bangi. restoran baru. kureng la.

 Ermm semuaaa biasa2 je. ni lah @grills tu...erk

 Sedap lagi masak sendiri! Ni mum's plate yer.heeee

 Mix vege, sambal udang katak(anas bought from Sabah), Paru n daging masak kicap and ikan goreng 2 ekor yg kelihatan sedih.hahahahahahaha

 Darin tetapppp dengan bihun gorengnya for breakfast. Nampak tu appetizer dia, M&M. benci la camner nk bentikan dia daripada sweet tooth ni. menjadi-jadi pulak skrg ni.urgh

 Atas ni makan kat Flying Chillies. Our fav thai rest selain Basil. utk rest thai yg mahal la kan. klau murah biasa-biasa kedai tomyam Marlia depan taman mesra kajang tu sudahhhhh hahaha
Chicken with mayonis tu terbaek wey. Order that for Darin since all food are spicy. But sheeeee sheeee veryyy degil nak jgk cuit2 benda-benda pedas tu. haishh!!

Ok nak kek ni! Adik cakap (my adik) she gonna bake cake like this for Darin's bday this Saturday. yeay! nantikan sama ke tak. wuahahahahaha

ainbubuk

31 October 2012

Darin oh Darin

Sekarang tengah rasa macam nak menjerit. Baru lepas pasang skru file holder yang tercabut abis bersepai semua sebab Darin langgar. Earlier bersihkan muntah Darin sebanyak mungkin yg penuh dengan milo and susu. Lagi sebelum tu Darin amik wrapping paper yang letak kat depan untuk dijual dia koyak-koyak kan. Semalam, hari-hari sebelum tu pun lebih kurang benda yang sama jugak.

I know this entry is kinda rintihan, or keluhan. I should not merungut or mengeluh. Anak is tanggungjawab given by Allah. Kita nak anak tu, kita kena jaga dia. Amanat Allah bagi kat kita. And anyway this is what I want all this while. Flexi time, kerja sendiri, jaga anak sendiri. Tapi trust me, it ain't easy. I must be very very very patient, kuat and pandai manage my time. Learn how to control Darin. Control dia yang sgt hyper. Menangis pun tak guna nak stress2. Anyway it's good untuk seorang toddler tu active and hyper. Tapi kena pandai control behaviour dia kot. I must read a lot macam mana nak educate anak la kot. Terlepas pandang sangat bab tu. And mak cakap kena selalu jugak baca ayat2 untuk anak ni. Itu lagi la selalu sangat-sangat lupa nak buat. Kecuali baca al-fatihah and tiup kat ubun-ubun dia every night before tidur.

Macam mana kalau pregnant for second time pulak nanti? You can do it Ain! >.<

ainbubuk

30 October 2012

Raya Korban dan Raya Makan






 Haaaa nampak tak wajah atas ni yang penuh ceria? Terlebih daging lettew. hahahahah. Itu lepas kita semua kekenyangan makan masakan mak and along. This year raya haji I tak masak youuuu. sebab sampai lambat. Melayan Anas gi Ikea sebab dia baru sampai the night before tu. So gi melantak meatballs and pergi beli barang rumah. Kan aritu cakap tunggu Anas balik baru beli macam-macam kan? Ha dia dah balik dah. yeay! Pinggan mangkuk periuk segala akak beli youuuuu. kelasssss kikis duit laki. nafkah nafkah!hahahaha. Ni bawah-bawah ni semua menu sepanjang satu hari raya tu.hahahaha. seronokkkkk bangetttt.

 Ni masakan mak and along. nasi daging, dan ini lauk pauknya. sedappppppsssssss

 Ok this, untuk lunch. When Ain & Anas cook. hiks. Nak resipi tak?hehehehe

 Taraaaa.....hasil air tangan tembam gemok Ain & Anas. sebenarnya 3 ekoq eh. ni 2 ekoq je snap, takut dicop pelahap.hahaha.

Mak's homemade pizza and peppermint tea! sluprss...alhamdulillah. konyang sampai ke malam :D

Indah kan hari raya? Raya Makan...mendaging...membadak..eh tak baik samakan diri dengan binatang. kena korban kang. haaaa...apa makanan you all?heeee

ainbubuk

29 October 2012

Bubuk's & Friends Food & Fashion Mini Bazaar

Dah abis bloated ke you all beraya haji? Sure badan masing-masing mendaging macam badan I. hahahaha. Puas hati jadi karnivor 3 hari ni :D Raya deepavali coming in 2 weeks pulak. Raya sakan lah kita yer. Festive season pun festive season lah, tapi jangan lupa my bazar this Saturday ok? Venue will be at my shop. Reko Sentral Kajang. Boleh google map. ok kalau tak karang orang bagi map eh.


SEE YOU THERE LOVE!

ainbubuk

17 October 2012

new hut

So we've moved out from Suakasih to Taman Sutera. Sebabnya owner nak rumah dia,nak jual. Nak beli rege dia tak mampu lagi buat masa ini. So sila berambs Ain.haha. Tapi not far pun pindah. Still in our theritory. hehe. Berjaya pindah tanpa suami disisi. Semoga Anas pulang dengan penuh kasih sayang ya. kudos to me the supermak! hahahaha.
Baru pindah 2 weeks. Tak payah nak expect rumah di revamp jadik macam Abg Eric buat. Ni tangan pinggang and seluruh anggota badan patah ni packing masa nak pindah tu tak abis lagi, unpack lagi, nak susun atur segala. Ni yang mampu dilakukan, deco men-deco kerja tu bole buat lepas Anas balik 1st Nov nanti. Tu carpet tu pun takde lagi kan? Eloklah pun sebab Darin pun naik rashes ni. Karpet memang la tak sesuai if ada budak. Eh banyak nak pow duit Anas shopping barang rumah dia balik kang. Dah buat list.heh. Itu kira hadiah sebab berjaya pindah sendiri tanpa dia disisi kan. Best sangat pindah takde suami ni. Tak tipu *bijik mata terkeluar*

Sebenarnya memang rezeki kami la, owner rumah ni cikgu kat sekolah Angah ku,so Angah yang cari and kawan dia ni kebetulan dah beli rumah lain and nak sewakan rumah ni. Seriously rezeki Allah datang bila keadaan kusut melanda. Alhamdulillah sesangat. And kakak tu cakap actually nak jualkan, tapi dia cakap bagi la kitorg duduk sewa dulu sesuaikan diri, if selesa, next year belilah. InsyaAllah memang plan nak beli rumah next year. Mana tau Allah dah mula show the path to achieve our target. heh. Doakan lah yer rezeki Darin melimpah ruah terus beli tak lengah lagi. Amin

ainbubuk

16 October 2012

hello baby Imyan!

Sepatutnya dah lama buat post ni tapi paham2 lah kan. hahahaha. ok ni kita pegi kenduri qiqah baby Imran. tapi kita sampai lewat. jambul dia pun dah ditarah, lauk qiqah pon dah dilahap orang. mujur sempat kami makan sup kambeng.terbaik! darin and mum and aunty zati suka!hahahahah thanks sebab jemput kami wahai si mummy imran hehehehe. and and and thankkkk youuuuu sooooo muchhhhh Tasha & Ahfat for Darin's bday present! Darin memang suka gila. duk heret tarik bag tu kesana kemari.meluats! Mum Darin pun suka jugak sebenarnya. Nak gi cari yg bigger for org besar punya boleh matching dgn Darin. lalalalalaaaaa
Muka nak nebes orang dukung dia.heppp! haha

Cubaan nk messraaaaa

Auuww mummy Imyan enterprem sikit hahaha

Eeeeyyy Darin dah mula lah tuuuu mula dahhhhh

Imyan so adorable smoochhh smoochhhh kiss babyyyyyy gewam! nak babyyy jugakkk!!aih

ainbubuk

03 October 2012

Zoo Negara with the kids

I can't remember when was the last time I went to Zoo Negara. Seriously can't remember. So now bila dah ada anak ni, memang terkinja-kinja nak bawak anak pegi zoo. Went there with my adik si Apah, my Angah and her kids Abg, Ajief and Asheh. Darin masa sampai cranky takmau duduk dalam stroller. Homai! Nak deal dgn this cranky little girl memang mencabar. She can be so baik at one time and bertukar jadi cranky sangat sekelip mata. Bertabah la Noor Ain! Anas balik dari Sabah nanti suruh dia jaga Darin termasuk bf skali. hahahahaha geram aku.
 Darin berjaya dipujuk lepas suruh yg lain-lain posing, so dia pon terus ok. pfftt

 Abg, ajief and mama nya

 No mum no mum no!

 wekkkk!!

 Nak tunggu the seal and friends keluar buat show

 Darin buat show dulu lah 

 My baby! :D


 Aaaaa sempat snap ni je sebab gambar haiwan lain beraksi ku terpegun seketika hahaha perlu?

 Adik, tapir tu nak shleep ajer lah dik

 Depan toilet tunggu Abg buang air kecik hahaha


 Rimau dan Singa...boring ek depa ni?cuba beraksi sikit..bluergh

 Kemain pretty cik rusa


 Darin scareddddddd....pas gambar dia tenung tu, dia nangis hahaha...gajah ni agresif..nak datang dekat-dekat kita. nak mintak makan lettew!

 Adik dengan giraffe!


 Why all the kids macam suam-suam je? Kamon lompat la mcm kami!hahaha

Ok, ku simpulkan disini, Zoo Negara tak berapa menarik lah. Haiwan-haiwan tak banyak, semua boring, terasa macam berjalan dalam hutan hijau biasa je. Entah lah, serious tak banyak haiwan and show pun ada 2 je. Tak banyak aktiviti. I heard orang cakap Zoo Melaka better. Nak gi Zoo Melaka pulak lah bulan depan.

ainbubuk